Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai dipelawa hadiri ceramah MA63 dan OMO di Sibu pada 4 November

-

KUCHING: Sejarawan Lina Soo akan mengadakan ceramah umum tentang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Ordinan Perlombong­an Minyak (OMO) Sarawak di Sibu pada Ahad ini bermula jam 2 petang di Hotel Paramount.

Soo akan bercakap tentang kesan dan implikasi OMO yang amat penting kepada Sarawak dalam keperluan mengukuhka­n ekonomi dan kemampanan­nya.

Tegas beliau, Sarawak tetap menjadi pemilik tanah dengan pemilikan dan kedaulatan ke atas minyak dan gas yang terdapat di Sarawak, sejak sebelum pembentuka­n Malaysia.

“Kita tidak perlu menjadi pengemis di tanah kita dan tidak boleh berkomprom­i dengan Petronas mengenai OMO yang menjatuhka­n hak Sarawak ke atas minyak dan gas secara jelas,” katanya.

Selain itu, Soo juga akan menyentuh mengenai MA63 dan Jawatankua­sa Khas MA63.

Sesi ini akan berakhir dengan perdebatan yang melibatkan semua peserta dengan tujuan menyusun resolusi serta bagi mencermink­an aspirasi rakyat Sarawak yang lebih kuat, yang akan dibentangk­an kepada DUN.

Soo adalah pengarang dua buku ‘Sarawak The Real Deal’ dan ‘Sarawak Chronicle’, ber- dasarkan dokumen kolonial British yang diperoleh dari Arkib Nasional di London.

‘Sarawak The Real Deal’ mengisahka­n tentang sambutan Sarawak terhadap Rancangan Malaysia pada 1960-an manakala ‘Sarawak Chronicle’ pula menyusun semua dokumen perlembaga­an Sarawak yang penting dari 1841 hingga 1963.

Kedua- dua buku ini merupakan sebahagian daripada Jelajah Buku Sarawak Soo bersama Jerayawara OMO.

Kemasukan ke ceramah tersebut adalah percuma dan untuk butiran lanjut, sila hubungi Soo di talian 0145950511.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia