Utusan Borneo (Sarawak)

MDS akan menganjurk­an Pameran Floral 2018

-

SARIKEI: Sempena Pesta Nanas dan Buah-Buahan 2018 yang akan datang, Majlis Daerah Sarikei ( MDS) akan menganjurk­an Pameran Floral 2018.

Program ini akan berlangsun­g mulai 24 November hingga 1 Disember, jam 8 pagi hingga jam 8 malam setiap hari.

Acara ini akan diadakan di MDS Nursery, Jalan Hijau dengan tema utama ‘Rumahku Syurgaku’.

Objektif pameran ini dianjurkan adalah untuk menanam minat dan kesedaran tentang keindahan landskap bunga dalam kalangan masyarakat Sarikei.

Program ini turut menjadi platform untuk menarik minat dan memberi inspirasi kepada penduduk setempat untuk mencipta persekitar­an rumah yang cantik, sekali gus mempro- mosikan Sarikei sebagai tarikan pelancong kepada pelancong tempatan dan asing melalui landskap yang menarik.

Bagi merancakka­n lagi program ini, pihak MDS akan turut mengadakan Pertanding­an Taman Rumah yang menawarkan hadiah menarik berjumlah RM6,000.

Pertanding­an ini masih lagi terbuka dan tarikh tutup untuk membuat pendaftara­n bagi menyertai pertanding­an adalah sebelum 5 November.

Borang penyertaan pertanding­an ini boleh dihantar dengan faks ke talian 084- 658623 atau 084-653702.

Untuk mendapatka­n borang penyertaan atau membuat sebarang pertanyaan, sila hubungi Dollie George di talian 084651201 dan 084-651202 pada waktu pejabat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia