Utusan Borneo (Sarawak)

Chapel baharu penganut Anglican siap sepenuhnya

- Oleh Frankie Junau

LUBOK ANTU: Penganut mazhab Anglican yang bernaung di St James Chapel Merindun, Lubok Antu kini dapat menjalanka­n aktiviti keagamaan dalam keadaan selesa selepas chapel baharu siap sepenuhnya baru-baru ini.

Pembinaan chapel bernilai RM100,000 itu bagi menggantik­an chapel lama yang bukan sahaja usang malah tidak berupaya menampung bilangan pengikut mazhab Anglican, SIB dan Roman Katolik yang bertambah saban tahun.

Jurucakap chapel dalam kenyataan kepada Utusan Borneo berkata, mereka kini dapat menjalanka­n aktiviti ketuhanan dalam keadaan penuh selesa apatah lagi ia turut dilengkapi kipas angin, kerusi dan sistem audio yang baik.

“Malah chapel ini turut dilengkapi ruang pejabat dan bilik air yang memudahkan semua kerja harian yang mana sebelum ini agak terbatas susulan keadaannya yang kurang sempurna,” katanya.

Terdahulu, majlis perasmian St James Chapel Merindun itu disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa sebelum menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Awing @ Rajan Laga kelmarin.

Menurut Dr Rayong, bajet untuk membina chapel baharu tersebut diambil daripada peruntukan Rural Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) bagi tahun 2018 dan berjaya disiapkan lebih awal daripada jangkaan.

“Saya sentiasa memberi perhatian kepada semua permasalah­an rakyat dan tidak ada yang terkecuali menerima bantuan termasuk rumah ibadat di konstituen­si Engkilili,” katanya.

“Bukan itu sahaja, saya telah meluluskan permohonan untuk menurap kawasan berbatu di tepi chapel ini untuk kemudahan meletak kenderaan dan aktiviti lain dengan nilai RM50,000... dan bajet diambil daripada peruntukan RTP saya tahun depan ( 2019),” tegasnya sambil menambah, turut menyalurka­n RM3,000 sebagai dana chapel menjalanka­n aktiviti mereka.

Sumbangan dan dana itu katanya, sebagai menyahut saranan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang mahu semua wakil rakyat dalam kerajaan menyalurka­n dana terutama bagi meningkatk­an kualiti kehidupan rakyat di kawasan luar bandar.

“Abang Johari mahu jurang pembanguna­n bandar dan luar bandar dirapatkan dengan lebih banyak peruntukan akan disalurkan bagi memenuhi keperluan prasarana masyarakat kampung,” katanya.

Turut mengiringi beliau ialah Father Jaul Galang, Pengulu Gerang Anchih, Penghulu Inchang Ancheh, Pengerusi Persatuan TuaiTuai Rumah DUN Engkilili Tuai Rumah Johnson Damu, Pembantu Khas Nancy Rangkung, Tuai Rumah Awing, kaunselor, para tuai rumah dan penduduk sekitar skim penempatan Merindun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia