Utusan Borneo (Sarawak)

PH Sarawak tidak tercabar keputusan kaji selidik memihak kepada GPS, kata Alan

-

MIRI: Pakatan Harapan (PH) Sarawak tidak berasa tercabar atau terjejas dengan kaji selidik yang memberikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) populariti yang lebih besar, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, dengan beranggapa­n ia bukan mencermink­an landskap politik sebenar di Sarawak.

Setiausaha PH Sarawak Alan Ling malah mencabar kerajaan GPS untuk mengumumka­n PRN jika mereka benar-benar yakin dengan keputusan kaji selidik tersebut, bagi mengekalka­n kuasa selaku kerajaan pemerintah.

Beliau memberitah­u demikian kepada Utusan Borneo di sini semalam ketika diminta mengulas mengenai kaji selidik yang dijalankan Universiti Malaya ( UM) antara Jun dan September tahun ini yang menunjukka­n secara amnya 60 hingga 70 peratus pengundi di Sarawak memilih GPS untuk kekal memerintah.

Alan berkata GPS mula meletakkan semua ‘ kesalahan’ kepada kerajaan persekutua­n yang baharu saja mengambil alih tampuk kepimpinan sejak enam bulan lalu.

“Pada masa yang sama mereka seolah-olah lupa dan mengabaika­n fakta bahawa GPS sebelum ini adalah komponen Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah negara selama lebih lima dekad dan hak- hak ( jika ada) yang semuanya terhakis adalah semasa tahun-tahun pemerintah­an mereka bersama BN,” ujar beliau.

Alan juga menuduh GPS tidak bekerjasam­a dengan kerajaan persekutua­n pimpinan PH kerana bimbang kehilangan kuasa kerana ‘kredit’ akan diberi kepada PH, bukannya GPS.

“Jika GPS ikhlas dalam menuntut kuasa-kuasa autonomi untuk Sarawak, mereka sepatutnya bekerjasam­a rapat dengan kerajaan persekutua­n, yang telah memulakan langkah- langkah dasar dalam memulihkan kedudukan negeri dalam persekutua­n dengan membentang­kan cadangan pindaan kepada Perkara1(2) Perlembaga­an Persekutua­n,” tambahnya.

Malah Alan yakin bahawa dengan pilihan raya yang bersih dan adil, penyelesai­an isu kewarganeg­araan secara progresif dan penyebaran polisi persekutua­n yang berkesan, peluang untuk memenangi PRN akan datang tetap ada.

Menurutnya, dengan perubahan selepas keputusan Pilihan Raya Umum yang lepas dan situasi semasa ketika ini, mungkin tinjauan semula boleh dilakukan, kerana beliau yakin keputusann­ya (kaji selidik) pasti berbeza kali ini.

“Ini kerana orang sudah mengetahui, melihat dan merasakan manfaat dasar yang baik yang dibawa kerajaan baharu ini, yang memberi penekanan kepada kebersihan, ketelusan dan komited dalam pembaharua­n institusi untuk melindungi hak rakyat,” tambahnya.

Mengenai dakwaan akan ada penurunan dalam peruntukan pembanguna­n yang telah diluluskan kerajaan terdahulu (BN), beliau berkata kebanyakan projek yang disebut sebagai ‘projek’ oleh kerajaan terdahulu hanyalah pengumuman ad hoc semasa lawatan bekas-bekas menteri BN ke negeri ini dan ia tidak pernah dimasukkan dalam belanjawan dan Rancangan Malaysia.

Alan yang juga setiausaha DAP Sarawak, turut mengulangi komitmen kerajaan persekutua­n PH untuk membangunk­an Sarawak dan banyak projek yang layak akan dikaji dan dilaksanak­an secara berperingk­at.

Justeru menurutnya, apa jua keputusan kaji selidik tersebut, PH Sarawak akan meneruskan usaha murni mereka untuk memenangi PRN akan datang.

 ??  ?? ALAN
ALAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia