Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem e-pekebun kekang ketirisan subsidi kerajaan

MPB memperkena­lkannya bagi memastikan kumpulan sasar diberikan bantuan sewajarnya: Shamsul

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Lembaga Lada Malaysia (MPB) memperkena­lkan satu sistem yang dikenali sebagai e-pekebun bagi mengekang ketirisan bantuan subsidi kerajaan kepada golongan sasar.

Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, ia bagi memastikan kumpulan sasar yang memerlukan diberi bantuan sewajarnya.

Menurut beliau, kerajaan memperuntu­kkan kewangan bagi subsidi kepada 3,000 hingga 4,000 pekebun kecil lada setiap tahun.

“Saya telah dimaklumka­n dan tahniah diucapkan kepada pasukan MPB di mana mereka memperkena­lkan sistem e-pekebun dan ia adalah inisiatif MPB yang diketuai Ketua Pengarah MPB Dr Harry Enteban dan akan digunakan dalam industri lada seluruh negara.

“Ia akan memastikan tiada lagi kebocoran pemberian susbidi tetapi kepada mereka yang layak dan penama yang betul- betul pekebun akan mendapat subsidi daripada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa mengadakan lawatan tapak projek pembinaan Pusat Pembanguna­n dan Pengembang­an Industri Lada Negara (PILN) yang dihadiri Ketua Pengarah MPB Dr Harry Enteban di Semenggok di sini, semalam.

Beliau menambah, sistem e- pekebun adalah insiatif oleh MPB susulan daripada teguran ketua audit negara mengenai Sistem Tata Kelola kepada MPB sebelum ini.

“Setakat ini ia dimulakan di Sarawak tetapi sistem akan digunakan di seluruh negara dan seluruh industri lada.

“Ini adalah susulan teguran ketua audit negara dan kita menambah baik dengan memperkena­lkan sistem ini,” tegasnya.

Shamsul menjelaska­n, ia satu inisiatif yang amat baik dan diharap segala usaha daripada MPB dapat membantu memperkemb­angkan lagi industri lada sebagai komoditi penting kepada negara.

“Kita berharap segala usaha dari pembanguna­n hingga ke pasaran dan hingga ke tata kelola pengurusan MPB dapat membantu kita memperkemb­angkan industri lada negara,” katanya.

Sementara itu dalam kenyataan media yang diedarkan, sehingga kini keluasan tanaman lada di Malaysia dijangka mencapai 17,437 hektar dengan jumlah anggaran pengeluara­n sebanyak 31,000 tan metrik pada 2018.

Ia berbanding seluas 17,087 hektar pada 2017 dengan jumlah pengeluara­n sebanyak 30,433 tan metrik.

Selain itu pihak kementeria­n bersama rakan di agensi serta Majlis akan berusaha secara berterusan untuk merangka strategi dan pendekatan baharu bagi membantu golongan pekebun kecil.

Ia ekoran kebelakang­an ini banyak rungutan telah diterima daripada para pengusaha industri tentang kemerosota­n harga komoditi, serangan penyakit dan perosak ke atas tanaman serta kenaikan kos input pertanian.

Saya telah dimaklumka­n dan tahniah diucapkan kepada pasukan MPB di mana mereka memperkena­lkan sistem e-pekebun dan ia adalah inisiatif MPB yang diketuai Ketua Pengarah MPB Dr Harry Enteban dan akan digunakan dalam industri lada seluruh negara. Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin Timbalan Menteri Industri Utama

 ??  ??
 ??  ?? TINJAU: Shamsul (empat kiri) bersama Harry (dua kiri) serta pihak kontraktor meninjau tapak PILN di Semenggok, semalam.
TINJAU: Shamsul (empat kiri) bersama Harry (dua kiri) serta pihak kontraktor meninjau tapak PILN di Semenggok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia