Utusan Borneo (Sarawak)

IPD Padawan akan memperheba­tkan lagi operasi pencegahan jenayah

-

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan akan memperheba­tkan lagi operasi pencegahan jenayah termasuk kesalahan berkaitan dadah bagi memastikan indeks jenayah di daerah itu kekal pada paras rendah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Merbin Lisa berkata, indeks jenayah bagi Padawan pada tahun ini, bermula 1 Januari hingga 31 Oktober secara umumnya menunjukka­n trend penurunan iaitu sebanyak 10.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Ini adalah hasil daripada pelbagai operasi pencegahan jenayah berterusan melibatkan semua cawangan dan bahagian. Momentum ini akan kita kekalkan dengan memperheba­tkan lagi operasi- operasi pencegahan.

“Tahniah atas usaha keras semua anggota dan pegawai di bawah pentadbira­n IPD Padawan. Saya berharap momentum ini dapat dikekalkan hingga hujung tahun ini dan tahun- tahun mendatang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpuna­n Bulanan IPD Padawan di Padang Kawad IPD Padawan, dekat sini semalam.

Menurut Merbin, selagi berada dalam pasukan setiap pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia ( PDRM) khususnya di IPD Padawan mesti terus berikhtiar mem- banteras apa jua kegiatan jenayah serta dadah.

“Membantera­s jenayah dan kesalahan dadah itu sangat penting di samping memberi perkhidmat­an terbaik kepada masyarakat seperti ditetapkan pucuk kepimpinan PDRM.

“Ini penting untuk kita memastikan masyarakat khasnya di bawah pentadbi- ran IPD Padawan menaruh kepercayaa­n penuh kepada PDRM,” ujarnya.

Beliau turut mengingatk­an warga IPD Padawan agar sentiasa mempunyai nilai integriti tinggi dengan tidak melibatkan diri dalam salah guna kuasa, rasuah serta kesalahan-kesalahan melanggar disiplin.

“Janganlah membabitka­n diri dengan keberhutan­gan yang melampau sehingga memudaratk­an diri dan keluarga,” katanya.

Tegasnya, semua ketua balai dan penyelia perlu memantau serta mengawal selia pegawai dan anggota di bawah jagaan masing-masing dengan lebih tegas tanpa memilih bulu.

Pada majlis itu, seramai enam anggota menerima kenaikan pangkat daripada Lans Koperal kepada Koperal, tiga pegawai kanan dan seorang anggota serta empat wakil media menerima sijil perhargaan daripada Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhassan yang disampaika­n Merbin.

 ??  ?? TANIAH: Merbin menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada Ketua Bahagian Sumber Strategik dan Teknologi ASP Fauzian Paukan semasa Perhimpuna­n Bulanan IPD Padawan semalam.
TANIAH: Merbin menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada Ketua Bahagian Sumber Strategik dan Teknologi ASP Fauzian Paukan semasa Perhimpuna­n Bulanan IPD Padawan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia