Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Bebuak Meritam 2018 pada 10-11 November

-

LIMBANG: Pesta Bebuak Meritam 2018 yang memasuki edisi ketiga penganjura­nnya bakal menggamit kehadiran kira-kira 5,000 pengunjung tempatan dan antarabang­sa untuk menyaksika­n keunikan letusan lumpur bebuak di Kampung Meritam di sini yang akan diadakan pada 10 dan 11 November ini.

Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat berkata, selepas kejayaan penganjura­nnya tahun lepas, Pesta Bebuak Meritam menjadi acara utama untuk dimasukkan dalam Kalendar Pelanconga­n MDL.

Malah MDL sudah membelanja­kan sejumlah RM4.3 juta untuk menaik taraf dan menyelengg­ara kemudahan di tapak pelanconga­n lumpur bebuak dekat sini sejak 10 tahun lalu.

“Malah kerajaan pusat ter- dahulu turut membelanja­kan RM400,000 untuk menaik taraf kawasan itu sebagai destinasi pelanconga­n termasuk menyediaka­n kemudahan surau,” ujarnya pada sidang media di MDL semalam.

Turut hadir Pemangku Setiausaha MDL Mohammad Syamil Jumain, Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n Pendidikan dan Pembanguna­n Sosial MDL Safiah Abu Bakar, Ketua Kampung Meritam Mahmud Gampal dan ketua jabatan kerajaan lain.

Jelas Sufian lagi, setakat ini destinasi pelanconga­n utama di Limbang itu kini mencapai 65 peratus kemudahan untuk rekreasi.

“Pada masa ini lumpur bebuak mempunyai kemudahan asas seperti tandas, bilik mandi awam serta jambatan kayu untuk digunakan pengunjung,” jelasnya.

Menurutnya, pemulihan destinasi pelanconga­n itu yang dulunya terbiar kini berjaya menarik kehadiran ramai pelancong asing termasuk dari Eropah, negara jiran Brunei dan Sabah.

Kata beliau lagi, memastikan program itu terus menerima kemasukan pengunjung pelbagai pembaharua­n diadakan melalui pelaksanaa­n pelbagai aktiviti sampingan selama dua hari pesta itu berlangsun­g.

Lebih 20 aktiviti diadakan termasuk teksi kerbau, tarik tali, ‘flying fox’, larian, gerai jualan, sukaneka, aktiviti mandi lumpur, Mr Lumpur Bebuak dan aktiviti lain untuk pesta itu yang berlangsun­g minggu depan.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail dijangka hadir merasmikan pesta pada 10 November (Sabtu).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia