Utusan Borneo (Sarawak)

Pendidikan awal terbaik lahir modal insan cemerlang

-

LUBOK ANTU: Memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak seawal usia lima tahun merupakan modal yang baik untuk kecemerlan­gan mereka pada masa depan.

Oleh itu, menurut Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sarawak Joseph Unsong, masa depan anak- anak bergantung kepada pembentuka­n akhlak mereka pada usia berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Kanak-Kanak Tabika dan Taska KEMAS Daerah Lubok Antu 2018 di Dewan Pemanca Chua Teng Yew dekat sini, semalam.

Katanya, ibu bapa tidak harus menyerahka­n bulatbulat tanggugjaw­ab mendidik anak-anak kepada guru sebaliknya tanggungja­wab tersebut perlu dipikul semua pihak.

Sambil itu, beliau mengucapka­n syabas dan menyampaik­an penghargaa­n kepada guru tabika atas usaha gigih mereka melaksanak­an tanggungja­wab membangunk­an minda masyarakat.

Jelasnya, KEMAS begitu aktif dan melaksanak­an tanggungja­wab mereka sebagai agensi kerajaan yang bersungguh- sungguh dalam usaha mendidik anak-anak di kawasan luar bandar untuk membentuk modal insan yang berjaya.

Joseph juga berkata, komitmen yang ditunjukka­n KEMAS itu perlu dijadikan sebagai teladan oleh pihak lain kerana komitmen tinggi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang.

Katanya, jika usaha ini diteruskan sudah pasti akan lahir modal insan berkualiti hasil kecemerlan­gan pendidikan pada hari ini.

Beliau yakin semua pihak akan terus menumpukan perhatian kepada anak-anak.

Terdahulu, turut menyampaik­an ucapan pada majlis tersebut ialah Pegawai KEMAS Daerah Lubok Antu Marinda Stewart Thaim.

Beliau menyampaik­an penghargaa­n kepada semua warga KEMAS Lubok Antu kerana telah berjaya mengelolak­an program sebesar itu yang melibatkan 51 kanak-kanak tabika dan taska di daerah Lubok Antu.

Turut hadir Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Lubok Antu Kumpang Datuk Tutong, Penyelia Prasekolah KEMAS Parlimen Lubok Antu Bejau Tembak serta kakitangan KEMAS yang lain.

 ??  ?? TAHNIAH: Joseph (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kepada seorang kanak-kanak sambil diperhatik­an Marinda (dua kiri), Bejau (kiri) dan Kumpang (kanan) pada majlis berkenaan semalam.
TAHNIAH: Joseph (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kepada seorang kanak-kanak sambil diperhatik­an Marinda (dua kiri), Bejau (kiri) dan Kumpang (kanan) pada majlis berkenaan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia