Utusan Borneo (Sarawak)

Perbicaraa­n secara langsung kes Najib satu idea bernas: Shafee

-

KUALA LUMPUR: Peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyifatka­n cadangan untuk menyiarkan perbicaraa­n kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu idea bernas.

Muhammad Shafee berkata, beliau tidak mempunyai sebarang isu sekiranya perbicaraa­n itu disiarkan secara langsung kerana prosiding itu akan dijalankan dengan telus.

Soalan itu ditimbulka­n pemberita kepada peguam utama Ahli Parlimen Pekan itu selepas selesai prosiding pengurusan kes Najib di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

“Cadangan itu satu cadangan yang bagus...biar semua orang tahu apa yang berlaku sepanjang perbicaraa­n.Tiada apa yang perlu disembunyi­kan,” katanya ringkas.

Sementara itu, Muhammad Shafee berkata, pihaknya membantah permohonan pihak pendakwaan untuk menjalanka­n prosiding perbicaraa­n di Istana Kehakiman, Putrajaya (PoJ).

Menurut beliau, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur mempunyai lebih banyak kamar bicara berbanding di PoJ.

Sementara itu di Tapah, gara-gara menghalang tugas polis dengan mengganggu perjalanan VVIP Khamis lalu, seorang ejen insurans didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Tertuduh Leong Kean Beun, 32, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.

Leong yang memandu Toyota Lexus didakwa mengganggu perjalanan konvoi VVIP dengan memperlaha­nkan kenderaann­ya beberapa kali di hadapan konvoi tersebut di KM351 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dalam daerah Batang Padang di sini kira-kira 5.20 petang, 25 Oktober lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia