Utusan Borneo (Sarawak)

Tertuduh, seorang peniaga buah mengaku salah atas 6 pertuduhan

-

MELAKA: Seorang bapa tiga anak dijatuhi hukuman penjara 50 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas enam pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki dan menyebabka­n keduadua mangsa melihat video lucah.

Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhka­n hukuman itu terhadap Md Zhafran Bakar, 31, seorang peniaga buah selepas dia mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan tersebut.

Lelaki itu, yang tidak diwakili peguam dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan bagi setiap empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal, dan penjara lima tahun bagi setiap dua pertuduhan menyebabka­n dua remaja itu melihat video lucah. Mahkamah memerintah kesemua hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh tangkap 21 Okt lepas dan ini bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 10 tahun dan empat sebatan.

Tertuduh menghadapi empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 14 dan 15 tahun di sebuah hotel di Batu Berendam di sini, antara jam 1.05 pagi dan 4.30 pagi, 21 Okt lepas.

Keempat-empat pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dengan sebatan.

Md Zhafran didakwa dua lagi pertuduhan iaitu menyebabka­n dua remaja itu melihat rakaman video berunsur lucah di dalam telefon bimbit tertuduh di sebuah kereta Perodua Kenari di kawasan Pasar Borong Batu Berendam di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam, hari sama.

Dua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 15(e) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi memohon hukuman berat kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius.

“Ketika kejadian tertuduh menawarkan habuan kepada dua remaja iaitu bekerja separuh masa, belanja makan di restoran makanan segera (McDonald’s) dan memberi telefon bimbit sekiranya mangsa bersetuju mengikutny­a ke hotel. Bapa tiga anak sepatutnya melindungi dan tidak berbuat demikian,” katanya.

Bagaimanap­un, tertuduh memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana dia perlu menanggung isteri dan anak- anak yang

Ketika kejadian tertuduh menawarkan habuan kepada dua remaja iaitu bekerja separuh masa, belanja makan di restoran makanan segera (McDonald’s) dan memberi telefon bimbit sekiranya mangsa bersetuju mengikutny­a ke hotel. Bapa tiga anak sepatutnya melindungi dan tidak berbuat demikian. Siti Ruvinna Mohd Rawi Timbalan Pendakwa Raya

masih kecil.

Mengikut fakta kes, sekitar jam 5 petang pada 20 Okt lepas, kedua- dua mangsa yang merupakan sepupu didatangi tertuduh untuk diajak bersembang ketika berada di sebuah rumah flat, dan remaja itu diberikan rokok selain ditawarkan bekerja separuh masa.

Kemudian, tertuduh pada sebelah malam menghubung­i kedua-dua mangsa menerusi aplikasi ‘WhatsApp’ untuk mengajak berjumpa dan belanja makan sebelum dibawa ke bilik hotel di Batu Berendam.

Salah seorang mangsa mula menangis ketika dalam perjalanan ke hotel apabila tertuduh memujuk dengan berkata ‘boleh tak abang try kamu? boleh tak? boleh lah’ dan menawarkan telefon bimbit sekiranya mereka bersetuju. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSALAH: Md Zhafran (tengah) diiringi keluar oleh dua pegawai Polis di Mahkamah Sesyen Melaka semalam selepas mengaku bersalah atas enam pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki dan menyebabka­n kedua-dua mangsa melihat video lucah.
— Gambar Bernama BERSALAH: Md Zhafran (tengah) diiringi keluar oleh dua pegawai Polis di Mahkamah Sesyen Melaka semalam selepas mengaku bersalah atas enam pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki dan menyebabka­n kedua-dua mangsa melihat video lucah.
 ?? — Gambar Bernama ?? MASIH DISANJUNGI: Najib bersalaman dengan ratusan penyokongn­ya yang menunggu beliau di lobi sebaik keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama MASIH DISANJUNGI: Najib bersalaman dengan ratusan penyokongn­ya yang menunggu beliau di lobi sebaik keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia