Utusan Borneo (Sarawak)

Mekanik dipenjara 27 tahun selepas permohonan hukuman penjara dijalankan serentak ditolak

-

PUTRAJAYA: Seorang mekanik kekal menjalani hukuman 27 tahun penjara selepas Mahkamah Rayuan menolak permohonan tertuduh untuk menjalani hukuman secara serentak bagi dua lagi kesalahan kerana memaksa seorang guru tadika untuk melakukan seks oral dengannya dan mencabul seorang pelajar.

Noor Rizuwan Ahmad, 37, dari Seri Kembangan, turut dikenakan 20 kali sebatan.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim menolak rayuan Noor Rizuwan dan mengekalka­n tempoh 15 tahun penjara dan 10 kali sebatan dengan rotan untuk satu kesalahan mencabul seorang pelajar dan memasukkan jari ke dalam bahagian sulit pelajar berkenaan.

Ini bermakna Noor Rizuwan akan menjalani hukuman penjara 15 tahun selepas dia selesai menjalani hukuman 12 tahun penjara untuk satu lagi kesalahan yang dilakukann­ya ke atas seorang lagi mangsa wanita.

Noor Rizuwan merayu di mahkamah berkenaan agar hukuman penjara 12 tahun yang dijatuhkan ke atas dia untuk kes pertama kerana memaksa seorang guru tadika melakukan seks oral ke atas tertuduh dan hukuman penjara 15 tahun kerana mencabul seorang lagi mangsa iaitu seorang pelajar dijalani serentak.

Hakim Ahmadi, yang mempengeru­sikan panel berkenaan berkata, kesalahan yang dilakukan oleh Noor Rizuwan adalah serius dan rayuan tertuduh juga tidak mempunyai merit.

Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail membantah dengan berkata bahawa ia bertentan- gan dengan prinsip undangunda­ng memandangk­an kedua-dua mangsa melibatkan orang yang berbeza.

Beliau berkata, kes berkenaan menarik perhatian awam berikutan perlakuan yang serupa dilakukan oleh Noor Rizuwan ke atas mangsa-mangsanya.

Pada 10 Ogos lepas, Mahkamah Rayuan mengekalka­n hukuman penjara 12 tahun dan 10 kali sebatan ke atas Noor Rizuwan atas kesalahan memaksa guru berkenaan melakukan seks oral ke atas tertuduh yang tertuduh mengaku bersalah melakukann­ya dalam sebuah kereta di Jalan Hospital Seerdang, Selangor pada 11 November, 2015.

Pada kes berkenaan di Mahkamah Rayuan semalam, Noor Rizuwan merayu terhadap tempoh hukuman penjara ke atasnya iaitu 10 tahun kerana mencabul seorang pelajar berusia 25 tahun dan satu lagi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan untuk tuduhan kedua kerana memasukkan jari ke dalam bahagian sulit mangsa.

Tertuduh mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen dan dia diarah menjalani hukuman penjara itu serentak iaitu hanya 15 tahun penjara. Dia kalah dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi untuk hukuman penjara lebih ringan.

Dia melakukan kesalahan itu dalam sebuah kereta di sebuah sekolah di Sepang, Selangor pada 7 Januari, 2016.

Mengikut fakta kes, Noor Rizuwan meminta mangsa menunjukka­n lokasi kolej 10, Universiti Putra Malaysia dan meminta wanita itu menemani tertuduh menunjukka­n tempat berkenaan tetapi sebaliknya memandu kenderaan berkenaan di kawasan di mana dia melakukan kesalahan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia