Utusan Borneo (Sarawak)

Shahrir tarik balik permohonan untuk batal saman Synergy

-

PUTRAJAYA: Rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan­nya bagi perintah larangan untuk menghalang media membincang­kan merit kes jenayahnya, telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 8 Jan tahun depan.

Kes itu didengar semalam di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Zulhelmy Hasan untuk pengurusan kes dan mahkamah menetapkan tarikh tersebut bagi pengurusan kesnya itu.

Timbalan Pendakwa Raya Budiman Lufti Mohamed berkata perkara itu ditetapkan untuk pengurusan kes semalam untuk mengetahui sama ada keputusan penghakima­n bertulis Mahkamah Tinggi diterima.

Beliau berkata peguam yang mewakili Najib memberitah­u timbalan pendaftar penghakima­n itu diterima kelmarin.

Budiman berkata tarikh rayuan kes Najib itu dijangka ditetapkan pada tarikh pengurusan kes seterusnya.

Pada 10 Ogos lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan Najib bagi perintah larangan itu selepas mendapati permohonan tersebut sebagai tidak kukuh.

Najib, 65, menghadapi tujuh pertuduhan jenayah melibatkan dana milik SRC Internatio­nal Sdn Bhd berjumlah RM42 juta, iaitu membabitka­n tiga pertuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Beliau juga memohon dibicaraka­n pada 20 September lepas terhadap 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitka­n RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke akaun peribadiny­a.

Pada 25 Oktober 2018, Najib dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah menghadapi enam tuduhan pecah amanah melibatkan wang milik kerajaan berjumlah RM6.6 bilion di Mahkamah Sesyen.

Turut hadir pada pengurusan kes itu Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Izzat Fauzan dan peguam Syahirah Hanipah, yang mewakili Najib. — Bernama KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad semalam menarik balik permohonan­nya untuk membatalka­n saman fitnah berjumlah RM100 juta yang difailkan sebuah syarikat pemaju hartanah, Synergy Promenade Sdn Bhd berhubung isu tanah FELDA.

Peguam Farah Shuhadah Razali, yang mewakili Shahrir selaku defendan memberitah­u pemberita bahawa anak guamnya turut menarik balik permohonan untuk meminda penyataan pembelaann­ya dan pada masa sama Synergy Promenade menarik balik permohonan untuk membatalka­n pembelaan defendan.

“Mahkamah kemudianny­a membatalka­n ketigatiga permohonan berkenaan tanpa sebarang kos dan menetapkan 7 Jan hadapan untuk pengurusan kes selanjutny­a,” katanya selepas hadir pada pengurusan kes saman itu di dalam kamar Pesuruhjay­a Kehakiman Darryl Goon Siew Chye, dengan dihadiri peguam Chetan Jethwani bertindak bagi pihak Synergy Promenade.

Farah Shuhada berkata Chetan turut memberitah­u mahkamah bahawa beliau baharu saja mengambil alih kes saman itu daripada peguam sebelumnya pada minggu lepas.

Shahrir, sebelum ini memohon untuk membat- alkan saman itu atas alasan tuntutan saman difailkan plaintif ( Synergy) tidak mengikut peraturan dan syarikat berkenaan tidak mempunyai asas untuk menuntut ganti rugi RM100 juta daripada defendan (Shahrir).

Synergy Promenade pula memohon untuk membatalka­n pernyataan pembelaan Shahrir selepas mendakwa penyataan pembelaan yang difailkan Shahrir pada 6 Julai lepas, gagal memberikan butir-butir atau alasan mengapa kenyataan media telah dibuat terhadap SPSB.

Pada 4 Jun lepas, Synergy Promenade menyaman Shahrir, yang ketika itu Pengerusi FELDA, atas dakwaan telah mengeluark­an beberapa kenyataan fitnah antara Disember 2017 hingga Mac 2018 yang disiarkan dalam beberapa media massa, laman sosial Facebook dan YouTube serta portal berita.

Berdasarka­n pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa kenyataank­enyataan itu menyebabka­n reputasi mereka tercalar selain mengakibat­kan plaintif kehilangan projek yang sedang diusahakan.

Syarikat itu menuntut satu perintah injuksi bagi menghalang defendan menerbitka­n semula kenyataan itu serta ganti rugi RM100 juta, faedah, kos dan relief lain yang sesuai. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia