Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Terengganu buru suspek kes pecah kedai

-

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam lima kes pecah rumah dan premis kedai di beberapa negeri termasuk Terengganu, Kuala Lumpur dan Selangor.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt Suffian Sulaiman berkata pada 17 Okt lepas suspek, Abdul Rahim Alias, 40, berasal dari Bachok, dipercayai memecah masuk ke sebuah kedai gambar di hadapan Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) di Gong Badak, Kuala Nerus, dan melarikan sebuah kamera jenis Canon D50.

Beliau berkata beberapa hari kemudian pemilik kamera berkenaan mendapati kameranya itu ditawarkan untuk dijual di laman web mudah. com apabila beliau dapat mengecam tanda niaga yang diletakkan pada kamera itu, dan beliau terus membuat temu janji untuk menemui suspek pada 22 Oktober lepas.

“Bagaimanap­un pada hari berkenaan, suspek hanya menunggu di dalam kereta dan menghantar isterinya untuk menemui mangsa. Apabila menyedari kehadiran polis, suspek terus lari bersama seorang anak lelaki mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Beliau berkata isteri sus- pek yang berusia 36 tahun dibebaskan dengan jaminan polis pada 27 Oktober lalu selepas ditahan reman selama empat hari.

Perhimpuna­n bulanan pagi semalam turut menyaksika­n penyampaia­n sijil kepada lapan orang awam yang banyak membantu polis menjaga ketenteram­an awam negeri. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KERJASAMA: Suffian (tiga kanan) berbual dengan penerima sijil penghargaa­n polis kepada orang awam yang memberikan komitmen dan kerjasama membantu polis menjaga ketenteram­an awam di negeri ini selepas Majlis Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kuala Terengganu, semalam.
— Gambar Bernama KERJASAMA: Suffian (tiga kanan) berbual dengan penerima sijil penghargaa­n polis kepada orang awam yang memberikan komitmen dan kerjasama membantu polis menjaga ketenteram­an awam di negeri ini selepas Majlis Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia