Utusan Borneo (Sarawak)

Panel tiga hakim sebulat suara menolak rayuan akhir pendakwaan

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini semalam membebaska­n bekas Ketua Setiausaha Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Abdul Hanan Alang Endut daripada 10 pertuduhan rasuah membabitka­n jumlah RM59,390.60.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Kamardin Hashim sebulat suara menolak rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Abdul Hanan atas dakwaan menerima rasuah.

Mereka mengesahka­n keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi yang membebaska­n dan melepaskan Abdul Hanan, 66, di akhir kes pendakwaan tanpa memerintah­kannya membela diri.

Hakim Ahmadi, yang mempengeru­sikan panel itu berkata, rayuan pihak pendakwaan tidak mempunyai merit dan mahkamah turut bersetuju dengan penghujaha­n peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Abdul Hanan.

Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai yang hadir bagi pihak pendakwaan, memohon mahkamah supaya membenarka­n rayuan itu dan mengembali­kan kes berkenaan kepada Mahkamah Sesyen untuk Abdul Hanan membela diri.

Abdul Hanan didakwa pada 2009 dengan 10 pertuduhan menerima rasuah dalam bentuk beberapa cek kosong ( tanpa jumlah dan tarikh) United Overseas Bank milik Adam Omar sebagai ganjaran kerana meluluskan permohonan dana TechnoFund bagi syarikatny­a, Global Goodway (M) Sdn Bhd.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jalan 17/21 Seksyen 17 Petaling Jaya, antara 1 dan 15 Dis, 2008.

Dia didakwa telah menunaikan cek-cek itu yang diterimany­a dari 15 Disember 2008 hingga 27 Februari 2009 bagi tujuan pembaikan rumah berjumlah RM15,024, pembayaran zakat pendapatan berjumlah RM25,000, kad kredit berjumlah RM9,275, cukai taksiran bagi tiga premis sebanyak RM1,542.60, cukai tanah di Mukim Sungai Raya sebanyak RM15 dan mendeposit­kan RM8,000 ke dalam akaun isterinya.

Mahkamah Sesyen kemu- dian membebaska­n dan melepaskan Abdul Hanan pada 30 Mac 2012 tanpa memanggiln­ya membela diri selepas 34 saksi pendakwaan memberi keterangan dalam kes itu.

Bagaimanap­un, pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi tetapi rayuan itu ditolak, menyebabka­n mereka membawa kes rayuan itu ke Mahkamah Rayuan.

Muhammad Shafee, dalam penghujaha­nnya sebelum itu, antara lain menyatakan bahawa wang berkenaan merupakan suatu pinjaman dan persetujua­n dicapai antara Abdul Hanan serta Adam bahawa Abdul Hanan akan membayar kembali pinjaman itu sebaik sahaja beliau menerima ganjaran selepas persaraann­ya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia