Utusan Borneo (Sarawak)

Perhimpuna­n #KitaLawan: Adam Ali kekal bebas

-

KUALA LUMPUR: Aktivis Adam Adli Abd Halim kekal bebas daripada pertuduhan menyertai perhimpuna­n #KitaLawan selepas pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang melepas dan membebaska­nnya atas pertuduhan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali membatalka­n rayuan pendakwaan selaku perayu, selepas Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin memaklum- kan pihaknya tidak mahu meneruskan rayuan itu yang difailkan pada 4 Disember tahun lepas.

“Dengan ini mahkamah membatalka­n rayuan pendakwaan,” kata hakim itu selepas Adam Adli, selaku responden yang diwakili peguam Eric Paulsen tidak mengemukak­an sebarangan bantahan.

Pada 28 November lalu, Mahkamah Majistret di sini melepas dan membebaska­n Adam Adli, 29, daripada pertuduhan menyertai perhimpuna­n #KitaLawan, tiga tahun lepas tanpa memanggiln­ya membela diri setelah mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulka­n kes prima facie terhadapny­a di akhir kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Adam Adli dan Pengerusi Jingga 13, Mohd Fariz Abd Talib @ Musa, 48, didakwa bersama- sama menyertai protes jalanan tersebut bermula di depan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan berakhir di Esplanade KLCC di sini antara jam 4 petang dan 7.30 malam, 28 Feb 2015.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpuna­n Aman 2012 yang boleh dihukum menurut Seksyen 4(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000, jika sabit kesalahan.

Bagaimanap­un pada 2 Nov lepas, Mohd Fariz dilepas tanpa dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan selepas pihak pendakwaan menutup kes terhadapny­a berikutan masalah kesihatan yang dihadapiny­a.

Ketika ditemui media selepas prosiding, Adam Adli berkata dia telah menyambung semula pengajiann­yan dalam jurusan ‘ Teaching English as Second Language’ (TESL) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim sejak lapan minggu lepas.

“Semua kes terhadap saya telah selesai. Ini kes terakhir saya. Selepas enam tahun digantung, sekarang saya kembali ke UPSI untuk menyambung pengajian,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia