Utusan Borneo (Sarawak)

Pengutip barang lusuh didenda RM2,000 kerana cederakan peniaga makanan

-

KUALA LUMPUR: Seorang pengutip barang lusuh didenda RM2,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan merusuh menggunaka­n senjata sehingga mencederak­an kepala dan muka seorang peniaga makanan, tahun lalu.

Terrtuduh, S. Karnan, 18, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Namirah Hanum Mohamed.

Dia didakwa, bersama-sama tiga lelaki lain yang masih bebas, merusuh dengan menggunaka­n parang terhadap Muhammad Kamal Abdullah, 25, di di tepi padang Kawasan Rumah A, Rumah Panjang Jinjang Utara, Sentul, di sini pada jam 2.40 pagi, 18 Dis lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperun- tukkan hukuman denda dan hukuman penjara maksimum lima tahun.

Peguam tertuduh, Nurul Fatihah Abdul Ghani, merayu hukuman denda yang minimum atas alasan anak guamnya bekerja sendiri manakala Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mohd Ashif memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Sementara itu di Mahkamah Majistret berasingan, seorang juruteknik telefon dihukum penjara tujuh hari dan didenda RM8,000 kerana mencuri empat unit telefon bimbit berjenama iPhone 7 bernilai RM14,796 milik sebuah kedai telefon, Epicentre Lifestyle Sdn Bhd., dua tahun lepas.

Majistret Mahyuddin Mohamad Som membuat keputusan tersebut terhadap terhadap Nazbukhari Nazlan, 26, dan memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjaramul­ai tarikh tangkapan, Isnin lalu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia