Utusan Borneo (Sarawak)

APMM tahan nelayan asing, rampas RM1.3 juta hasil laut dan bot

-

ROMPIN: Biarpun pernah ditahan kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara sebelum ini, seorang tekong warga Vietnam tidak serik untuk membawa 13 awakawakny­a kembali menceroboh ke dalam negara.

Kali ini, tekong yang berusia 44 tahun itu nekad menggunaka­n taktik nombor pendaftara­n palsu untuk mengabui pihak berkuasa.

Bagaimanap­un strategi itu tidak berjaya setelah mereka ditahan kira-kira 28 batu nautika dari Pulau Tioman, di sini tengah hari kelmarin bersama pelbagai jenis ikan dan sotong seberat 12 tan metrik yang dianggar bernilai RM300,000.

Pengarah Maritim Negeri Pahang Laksamana Muda Maritim Datuk Zulkarnain Mohd Omar berkata, siasatan awal mendapati bot nelayan berkenaan dipercayai menangkap ikan negara ini sejak dua minggu lalu.

“Kesemua ikan dan sotong ini dipercayai akan keluar untuk dijual di negara asing dengan harga yang lebih tinggi,” katanya kepada Bernama di Jeti APMM, Tanjung Gemok di sini semalam.

Menurutnya kebanyakan nelayan warga asing tidak serik untuk datang kembali menangkap ikan di sini kerana hasil yang diperoleh jauh lebih lumayan berbanding denda yang dikenakan terhadap mereka.

Kesemua 14 nelayan Vietnam berumur antara 18 dan 50 tahun yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah serta bot dianggar bernilai RM1 juta itu, diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di kawasan perairan Malaysia.

Zulkarnain berkata sehingga semalam, Maritim Negeri Pahang telah melakukan hampir 593 pemeriksaa­n dan 53 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia