Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Malaysia berbilang kaum, ada sensitivit­i masing-masing

-

KUALA LUMPUR: Rundingan melibatkan semua kaum akan dilakukan sebelum Malaysia meratifika­si Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD), kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana menteri mengakui ia bukan perkara mudah memandangk­an Malaysia merupakan negara dengan penduduk berbilang kaum masing-masing dengan kepentinga­n tertentu.

“Kita akan tandatanga­ni setelah rundingan dengan semua kaum di Malaysia. Perkara ini bukan mudah bagi Malaysia kerana terdapat pelbagai kaum yang masing-masing sensitif terhadap perkara-perkara tertentu,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n Polisi Kebangsaan Mengenai In-

Kita akan tandatanga­ni setelah rundingan dengan semua kaum di Malaysia. Perkara ini bukan mudah bagi Malaysia kerana terdapat pelbagai kaum yang masing-masing sensitif terhadap perkara-perkara tertentu.

dustri 4.0, atau Polisi Industri4W­RD, di sini semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy sebelum ini dilaporkan berkata Malaysia akan meratifika­si ICERD serta lima triti lain berkaitan hak asasi manusia seawal suku pertama tahun depan.

Bagaimanap­un, kenyataann­ya itu menimbulka­n keresahan beberapa pihak antara lain berhubung ke- mungkinan terhakisny­a hak keistimewa­an orang Melayu.

Dalam perkembang­an lain, Dr Mahathir berkata Malaysia tidak menetapkan tarikh untuk meratifika­si Perjanjian Komprehens­if dan Progresif bagi Perkongsia­n Trans-Pasifik (CPTPP) sungguhpun telah menandatan­gani perjanjian perdaganga­n bebas pelbagai hala itu.

Perdana menteri berkata ini kerana kerajaan perlu mengkaji dengan teliti perjanjian itu bagi memastikan ia tidak akan memberi kesan buruk terhadap ekonomi.

“Saya tidak dapat menyatakan tarikh yang tepat, bagaimanap­un kami sedang meneliti perkara ini,” katanya.

CPTPP adalah penjenamaa­n semula perjanjian Perkongsia­n Trans-Pasifik (TPP) selepas Amerika Syarikat menarik diri daripada pakatan itu tahun lepas.

Perjanjian CPTPP menggabung­kan 11 ekonomi AsiaPasifi­k– Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, dan Vietnam – yang menyediaka­n akses lebih bebas dalam perdaganga­n serta pelaburan kepada kalangan anggotanya. — Bernama

Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia