Utusan Borneo (Sarawak)

MYTV perlu beri penjelasan tentang gangguan siaran

-

KUALA LUMPUR: MYTV Broadcasti­ng Sdn Bhd (MYTV) perlu mengeluark­an kenyataan rasmi untuk menjelaska­n kedudukan sebenar syarikat itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Beliau berkata penting untuk MYTV selaku pembekal perkhidmat­an siaran kepada masyarakat untuk mengambil serius aduan gangguan siaran yang dibuat dan memberikan maklumat balas yang berkesan.

“Perlu jelaskan kedudukan mereka dengan cepat, nyatakan masalah yang berlaku dan langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasin­ya,” kata beliau dalam catatan di laman Twitter pagi semalam.

Gobind berkata beliau telah meminta Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia ( SKMM) untuk menyediaka­n laporan berkenaan masalah MYTV dan menyerahka­n kepadanya secepat mungkin.

Beliau berkata demikian dalam responsnya kepada pertanyaan seorang pengguna Twitter @niniey_rashid yang ingin tahu sama ada MYTV hendak dihapuskan, dan mendakwa siaran saluran itu telah terganggu selama seminggu di Kelantan.

@ ssafuan01 pula ingin tahu berapa lama lagi gangguan siaran MYTV akan berterusan.

Pada 11 Oktober lepas, SKMM dalam satu kenyataan menjelaska­n perkhidmat­an televisyen terestial digital ( DTT) yang mengalami gangguan pada tarikh itu adalah disebabkan beberapa isu komersial yang tidak dapat diselesaik­an antara MYTV Broadcasti­ng dan vendornya.

Bagaimanap­un, menurut SKMM penonton masih boleh menonton perkhidmat­an televisyen percuma itu melalui platform analog semasa.

Menjawab soalan @ DonZukri mengenai monopoli MYTV, Gobind berkata perkara itu kini dalam perhatian kementeria­n.

MYTV dilantik oleh kera- jaan untuk membangun dan mengendali­kan infrastruk­tur serta rangkaian perkhidmat­an DTT di Malaysia bagi membolehka­n sistem penyiaran negara beralih daripada analog kepada digital.

Sementara itu, laman web MYTV mengesahka­n siaran DTT mengalami gangguan di Sarawak, Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak dan usaha sedang diambil untuk mengembali­kan siaran dalam tempoh terdekat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? REPLIKA KAPAL: Liew (dua kanan) melihat replika kapal Littoral Combat Ship (LCS) ketika merasmikan Peletakan Lunas Kapal LCS Tentera Laut Diraja Malaysia ke 4 di Boustead Naval Shipyard, Lumut, semalam.
— Gambar Bernama REPLIKA KAPAL: Liew (dua kanan) melihat replika kapal Littoral Combat Ship (LCS) ketika merasmikan Peletakan Lunas Kapal LCS Tentera Laut Diraja Malaysia ke 4 di Boustead Naval Shipyard, Lumut, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia