Utusan Borneo (Sarawak)

Penyerahan LCS 1 Maharaja Lela kepada TLDM dijangka ditangguh

-

LUMUT: Penyerahan kapal tempur pesisir (LCS) pertama milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), LCS 1 Maharaja Lela yang dijadualka­n tahun depan, dijangka ditangguhk­an.

Ini susulan pembinanya Boustead Naval Shipyard (BNS) masih menunggu komponen penting daripada sebuah syarikat di Amerika Syarikat.

Pengarah Urusan Boustead Heavy Industries Berhad (BHIC) Laksamana Madya (B) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor berkata komponen itu dijangka tiba pada penghujung tahun depan.

Katanya berikutan itu juga LCS 1 Maharaja Lela tidak akan terlibat dalam Pameran Maritim dan Udara Antarabang­sa Langkawi (LIMA) 2019 yang dijadualka­n pada Mac tahun depan.

“Peralatan yang asalnya memang sudah ada sebelum ini daripada syarikat lain, cuma kita melakukan penambahba­ikan menyebabka­n kelewatan berlaku, namun kita akan memastikan ia berjalan lancar,” katanya pada sidang media selepas upacara peletakan lunas LCS ke-4 TLDM yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Senator Liew Chin Tong di Limbungan BNS, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Ramli berkata pihaknya tidak mahu mengambil risiko menggunaka­n kapal terbabit tanpa komponen itu yang berperanan mengawal kesemua jentera termasuk enjin dan generator.

Katanya kelewatan itu juga perkara biasa memandangk­an Maharaja Lela merupakan LCS pertama, justeru perlu banyak penambahba­ikan.

“Apabila kita menyerahka­n kapal ini nanti, ia bukan hanya mengenai fizikal tetapi keseluruha­n sistemnya sekali dan kadangkala kita perlu melakukan percubaan dalam tempoh yang panjang sehingga mencecah satu tahun,” katanya.

LCS1 Maharaja Lela sebelum ini dijangka diserahkan kepada TLDM tahun depan dan digunakan pada LIMA ’19 yang akan berlangsun­g dari 26 sehingga 30 Mac.

LCS itu adalah antara enam kapal tempur pesisir yang dibina BNS, syarikat bersekutu BHIC, menerusi projek bernilai RM9 bilion untuk diserahkan secara berperingk­at kepada TLDM dengan penyerahan kapal terakhir dijadualka­n pada 2023.

LCS tersebut dibina dengan keupayaan peperangan empat dimensi bagi mengatasi ancaman elektronik, udara, darat dan air serta dilengkapi sistem pengurusan peperangan terkini dan mampu menampung sehingga 118 anak kapal selain sebuah helikopter dan pasukan khas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia