Utusan Borneo (Sarawak)

Jualan semula rumah mampu milik kepada pembeli rumah pertama dikaji

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengkaji cadangan agar penjualan semula rumah mampu milik hanya dibuka kepada pembeli rumah pertama.

Timbalan Menteri berkenaan Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata walaupun penjualan semula rumah tidak tertakluk bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 yang diselarask­an kementeria­n, cadangan itu baik dan akan dipertimba­ngkan kerajaan.

“Ini adalah satu daripada tujuan kita untuk memastikan mereka yang masih belum memiliki rumah diberi keutamaan, kerana banyak pada masa- masa lepas mereka yang belum memiliki rumah menunggu berpuluh-puluh tahun.

“Tetapi mereka yang sudah miliki beberapa unit, dengan sebab-sebab kita tak fahami, mendapat beberapa rumah mampu milik dan kos rendah,” katanya ketika menggulung usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 untuk kementeria­nnya pada persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Cadangan itu antara lain disuarakan Chan Ming Kai (PH-Alor Setar) yang menurutnya perlu dilakukan bagi mengawal pemilikan rumah mampu milik hanya kepada mereka yang betul- betul layak.

Raja Kamarul Bahrin berkata antara halangan bagi pembinaan rumah mampu milik ialah kos pembelian tanah yang tinggi.

Mencelah topik sama, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) mencadangk­an kerajaan persekutua­n berbincang dengan kerajaan negeri supaya tanah milik kerajaan negeri ditawarkan untuk pembanguna­n projek sedemikian, yang menurutnya tidak dilakukan kerajaan Barisan Nasional dahulu walaupun telah dicadangka­nnya.

“Saya dulu minta dengan kerajaan BN, saya pun tak senang hati dengan kerajaan dahulu, saya bukan pengampu macam DAP, saya sudah suarakan isi hati saya, mengapa tidak kerajaan negeri, sekarang ini PH perintah banyak negeri, kenapa kerajaan negeri tidak bagi tanah untuk pembinaan rumah mampu milik. Ini mereka jual pula dengan pemaju, dan minta pemaju menjual dengan harga murah.

“Lakukan apa yang tidak boleh dilakukan oleh kerajaan terdahulu… kerajaan negeri bagi tanah secara percuma atau premium nominal untuk mengurangk­an kos pembinaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia