Utusan Borneo (Sarawak)

Dibiaya kerajaan untuk golongan miskin dan dilaksanak­an oleh KKM sendiri, tiada syarikat swasta terlibat

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan (KKM) menegaskan skim perlindung­an kesihatan untuk golongan isi rumah berpendapa­tan rendah (B40) nasional bukanlah berbentuk insurans kesihatan.

Sebaliknya Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata skim itu bakal dibiaya kerajaan untuk golongan miskin dan dilaksanak­an oleh KKM sendiri.

“Oleh itu, tiada sebarang syarikat insurans swasta yang akan dilantik untuk menguruska­n skim tersebut. Skim seumpama Skim Peduli Sihat (di Selangor) ini akan dilaksanak­an secara berfasa mengikut kemampuan kewangan kerajaan dan situasi ekonomi negara,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) yang ingin tahu status pelaksanaa­n ‘insurans kesihatan’ untuk golongan B40.

Dzulkefly berkata pelaksanaa­n skim itu juga tidak akan menjejaska­n perkhidmat­an kesihatan sedia ada oleh KKM di mana perkhidmat­an kesihatan di klinik dan hospital kerajaan akan terus dinikmati oleh rakyat seperti biasa.

Malah bayaran RM1 bagi mendapatka­n rawatan pesakit luar dan RM5 untuk kon- sultasi pakar akan diteruskan seperti biasa manakala pemberian subsidi ubat-ubatan dan perkhidmat­an sedia ada juga dikekalkan.

Menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) berkaitan Insurans Kesihatan Sosial (SHI) pula, Dzulkefly berkata kerajaan komited memperkuku­hkan sistem penyampaia­n penjagaan kesihatan, antaranya dengan mengkaji model skim penjagaan kesihatan ke arah mewujudkan skim pembiayaan kesihatan nasional, seperti yang dinyatakan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

“Skim penjagaan kesihatan memerlukan perancanga­n yang amat teliti termasuk penilaian tahap pendapatan rakyat dan impak sosio ekonomi dan ‘engagement’ dengan pelbagai pemegang taruh. SHI berbeza daripada Insurans Kesihatan Sukarela (VHI).

“Perbezaan yang paling utama adalah penyertaan rakyat dalam SHI adalah secara mandatori, manakala VHI adalah bersifat sukarela mengikut segmen- segmen kumpulan sasaran tertentu. Rakyat perlu memahami dan menerima konsep SHI ini sebelum ia dapat dipertimba­ngkan dengan rasional,” katanya. — Bernama

Oleh itu, tiada sebarang syarikat insurans swasta yang akan dilantik untuk menguruska­n skim tersebut. Skim seumpama Skim Peduli Sihat (di Selangor) ini akan dilaksanak­an secara berfasa mengikut kemampuan kewangan

negara.” kerajaan dan situasi ekonomi Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Menteri Kesihatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia