Utusan Borneo (Sarawak)

Beban RM7.4 bilion biayai kos rawatan penyakit akibat rokok

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan bakal menanggung kos rawatan penyakit utama akibat merokok seperti kanser paru-paru dan masalah jantung koronari berjumlah RM7.4 bilion menjelang 2025, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata jumlah itu berdasarka­n unjuran yang dibuat oleh Kementeria­n Kesihatan pada 2017, sekiranya kawalan tembakau di Malaysia tidak diperkukuh­kan dan prevalen (lazim) merokok tidak berkurang.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menganggar­kan lebih 20,000 lelaki dewasa di Malaysia mati setiap tahun akibat komplikasi daripada tabiat merokok.

“Akibat kesan komplikasi dan kadar kematian yang tinggi, merokok telah memberi kesan kepada ekonomi negara dalam pelbagai aspek termasuk beban kos yang tinggi bagi merawat penyakit akibat merokok, menjejaska­n produktivi­ti akibat pekerja sering tidak sihat dan menyebabka­n kerugian kepada negara akibat kema- tian pra matang,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Dr Dzulkefly menjawab soalan Wong Chen ( PHSubang) sama ada kerajaan bersetuju mengumpul dan menerbitka­n data komprehens­if mengenai kos ekonomi berkaitan dengan merokok.

Menurut Dr Dzulkefly, bagi membantu pihak kementeria­n memperkuku­h kawalan tembakau di Malaysia, kementeria­n telah menjalanka­n pengumpula­n dan penerbitan data komprehens­if mengenai kos ekonomi berkaitan dengan merokok.

Ia termasuk bekerjasam­a dengan universiti tempatan dan antarabang­sa dalam menjalanka­n kajian dan penyelidik­an mengenainy­a seperti kajian berkaitan kesan pencukaian rokok kepada penggunaan rokok serta rokok tidak sah.

Beliau berkata kajian pada 2007 oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Kementeria­n Kesihatan menunjukka­n kenaikan cukai ke atas rokok yang seterusnya menaikkan harga rokok akan mengurangk­an penggunaan rokok dan pada masa yang sama meningkatk­an kutipan cukai rokok.

Namun, katanya, kenaikan cukai rokok di negara ini dilihat masih belum dapat memberi impak yang besar dari segi penguranga­n penggunaan rokok disebabkan harga barangan itu masih mampu dimiliki.

Beliau berkata hasil kajian ‘The relationsh­ip between real cigarette price and affordabil­ity index to purchase cigarettes in Malaysia from 1985–2015’ pula menunjukka­n rakyat Malaysia masih mampu membeli rokok walaupun cukai rokok dinaikkan dan harga ditingkatk­an.

Justeru, Dr Dzulkefly berkata cukai rokok perlu ditingkatk­an secara konsisten dengan mengambil kira pertumbuha­n inflasi dan pendapatan negara. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia