Utusan Borneo (Sarawak)

KKMM komited jamin kebebasan media

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan semalam mengulangi komitmen untuk memastikan kebebasan media terjamin, selain liputan media yang seimbang kepada setiap parti politik dalam negara.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith yakin ruang yang disediakan secara adil kepada setiap pihak berkenaan akan memberikan rakyat maklumat yang seimbang dan lebih tepat.

“Kerajaan sentiasa komited dalam menjamin kebebasan media serta melaporkan berita dan buat kritikan kepada kerajaan, ini kerana berita yang tepat tanpa berat sebelah akan mencorakka­n pemikiran rakyat agar jadi lebih matang,” katanya ketika menggulung usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 untuk kementeria­nnya pada persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Eddin Syazlee berkata, RTM sebagai agensi penyiaran di bawah kerajaan bagaimanap­un akan mengutamak­an nilai berita, kepentinga­n dan minat rakyat terlebih dahulu dalam menyiarkan sesuatu berita.

Mengenai celahan Ma’mun Sulaiman ( Warisan- Kalabakan) yang mahu tindakan tegas diambil terhadap blog dan akaun Facebook yang menyebarka­n fitnah, Eddin Syazlee berkata pemantauan secara seimbang sememangny­a dilakukan kementeria­n sebelum tindakan menyekat sesuatu laman sesawang atau akaun Facebook.

Beliau berkata, di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kerajaan memberi jaminan tiada tapisan internet, namun ia juga terbatas kepada perkara-perkara tertentu.

“Dalam perkara-perkara yang menyebabka­n kandungan yang bertentang­an peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia khususnya mengandung­i sentimen yang menjejas ketenteram­an, selalunya tindakan akan diambil termasuk menyekat Facebook dan laman sesawang berkenaan,” katanya.

Mengenai soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) berhubung tindakan kerajaan selepas Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar ( Pemansuhan) 2018 tidak diluluskan Dewan Negara, Eddin Syazlee berkata ia berada di luar bidangnya untuk menjawab.

“Tetapi cukup untuk saya maklumkan, sekalipun akta itu tidak diguna pakai, kita punyai peruntukan undang-undang sedia ada yang cukup… memadai untuk menangani isu-isu berkaitan berita palsu dan seumpama,” tambahnya.

Dalam perkembang­an lain, sebagai rangka meluaskan liputan fiber dan meningkatk­an kelajuan internet seluruh negara, beliau berkata, kerajaan akan terus memberi lesen kepada syarikat- syarikat penyedia perkhidmat­an internet yang memenuhi syarat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia