Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak ada larangan operasi Lion Air di Malaysia

-

PUTRAJAYA: Tiada larangan atau penangguha­n operasi perkhidmat­an penerbanga­n Lion Air di Malaysia ekoran nahas melibatkan pesawat syarikat berkenaan di Indonesia pada Isnin, kata Menteri Pengangkut­an Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata pihak berkuasa penerbanga­n Malaysia sedar bahawa Lion Air pernah dilarang terbang ke Kesatuan Eropah namun perkara itu sudah diselesaik­an dengan pihak berkuasa terlibat.

“Tidak boleh buat kesimpulan sebegitu untuk Malaysia,” katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada terdapat cadangan untuk mengharamk­an penerbanga­n Lion Air di Malaysia ekoran nahas itu.

Loke yang ditemui selepas sesi engagement National Shipping and Port Council di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya di sini semalam berkata operasi penerbanga­n Lion Air di Malaysia mematuhi semua piawaian dan peraturan yang ditetapkan.

Lion Air yang beribu pejabat di Indonesia mengendali­kan penerbanga­n antara Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur ke Jakarta dan Surabaya bagi operasi di Malaysia.

Menurut laporan media, Lion Air dilarang dari beroperasi di negara anggota Kesatuan Eropah daripada 2007 hingga 2016.

Penerbanga­n Lion Air JT610 Jakarta- Pangkal Pinang yang membawa seramai 181 penumpang dan lapan anak kapal itu terhempas di perairan Tanjung Karawang, Jawa Barat tidak lama setelah berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno-Hatta pada jam 6.20 pagi Isnin.

Loke berkata Malaysia akan melihat secara terperinci hasil siasatan pihak berkuasa Indonesia berhubung nahas udara itu untuk mengambil iktibar dan mengambil langkah berjaga-jaga. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia