Utusan Borneo (Sarawak)

Cabul: Shahidan sahkan beri keterangan kepada polis Kesal kes tular walaupun keluarga remaja menarik balik laporan polis

-

KUALA LUMPUR: Tindakan Pergerakan Pemuda UMNO yang menggesa supaya presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berehat, disifatkan oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz sebagai satu tindakan memakan anggota parti sendiri.

Katanya, beliau berasa hairan mengapa ada segelintir pihak dalam parti membuat gesaan sedemikian sedangkan perkara itu tidak berlaku dalam gabungan parti Pakatan Harapan (PH).

“Saya tengok perkara ini tak berlaku macam Lim Guan Eng semasa dia jadi Ketua Menteri (Pulau Pinang), dia dibicaraka­n dan didakwa, tetapi anggota parti DAP tak minta dia letak jawatan pun,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

“Apapun yang berlaku mereka tetap menunjukka­n kesetiaan kepada pemimpin... saya tak faham kenapa Pemuda UMNO ni apabila presiden kena dakwa di mahkamah cepat sangat dah macam ‘cannibalis­m’, makan sesama sendiri walhal DAP, PKR tak ada masalah ini pun,” tambahnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini yang meminta Ahmad Zahid berehat dan memberi ruang buat dirinya membersihk­an nama sehingga kes di mahkamah selesai.

Pada 19 Oktober lepas, Ahmad Zahid, 65, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk mengaku tidak bersalah dan mohon bicara di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap 45 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Bagaimanap­un, Mohamed Nazri berkata, tindakan dilakukan Asyraf itu bukan satu kesalahan kerana parti pembangkan­g itu mengamalka­n prinsip kebebasan bersuara. — Bernama KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim semalam tampil mengesahka­n telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung kes cabul remaja bawah umur.

“Saya telah memberi kerjasama yang baik dengan pihak polis dan saya harap semua pihak tidak memanjangk­an perkara ini kerana ia menjejaska­n maruah anak perempuan tersebut,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, semalam.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu melahirkan rasa kesal apabila kes tersebut tular di media sosial memandangk­an pihak keluarga remaja terbabit telah menarik balik laporan polis yang dibuat.

“Saya tertanya-tanya kenapa tular? Kenapa kes itu dikeluarka­n? Kes ini keluarga dah tarik balik, tapi yang buka cerita ini adalah tuan-tuan (media sosial).

“Saya kesal sebab kes ini melibatkan kanak- kanak dan gambar serta kad pengenalan dia dipamerkan. Kasihan kanak- kanak ini sebab dia bukan ada apa-apa kepentinga­n,” kata Shahidan yang turut meminta semua pihak berhenti menyebarka­n perkara itu.

Saya kesal sebab kes ini melibatkan kanak-kanak dan gambar serta kad pengenalan dia dipamerkan. Kasihan kanakkanak ini sebab dia bukan ada apa-apa kepentinga­n.

Bekas Menteri Besar Perlis itu tidak menolak penularan kes itu ada kaitan dengan motif politik.

“Saya sebagai orang politik sudah pasti akan dibuat macam-macam oleh musuh- musuh politik, tetapi saya akan menghadapi­nya dengan rela dan reda,” katanya.

Shahidan berkata, beliau akan berbincang dengan peguamnya sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarka­n perkara tersebut.

Kelmarin, Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamed berkata, siasatan kes cabul remaja berusia 15 tahun itu yang membabitka­n seorang ahli Parlimen di Perlis, hampir selesai setelah pihak polis merekodkan keterangan 10 individu termasuk kenyataan suspek di Bukit Aman.

Noor Mushar berkata, pihaknya menjangkak­an kertas siasatan siap dalam masa terdekat dan dihantar ke Bukit Aman untuk penelitian sebelum diserahkan kepada pihak timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut. — Bernama

Datuk Seri Shahidan Kassim Ahli Parlimen Arau

 ??  ?? SHAHIDAN
SHAHIDAN
 ??  ?? NAZRI
NAZRI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia