Utusan Borneo (Sarawak)

Itu bukan pakaian tentera komunis, tegas Liew

-

LUMUT: Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong menegaskan, pakaian seragam yang dipakainya semasa pemeriksaa­n barisan tentera baharu-baharu ini bukan pakaian tentera komunis, sebaliknya pakaian korporat Kementeria­n Pertahanan.

Liew berkata, tindakan segelintir pihak yang hanya mahu memperbesa­rkan isu itu dengan menularkan­nya dalam laman sosial media dianggap tidak bertanggun­gjawab.

“Itu pakaian korporat kementeria­n dan bukan saya sa- haja yang pakai tetapi Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu juga pakai kerana kami adalah rakyat biasa tidak perlu memakai uniform tentera.

“Itu keputusan bersama yang diambil kerana kami tidak melalui kesukaran serta terlibat dalam latihan ketenteraa­n jadi kami tidak layak memakai pakaian seragam tentera walaupun menteri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan upacara peletakan lunas Kapal Tempur Pesisir ( Littoral Cobat Ship)TLDM ke-empat (LCS4) di Limbungan Bou- stead Naval Shipyard (BNS) di sini semalam.

Liew berkata, pakaian seragam Kementeria­n Pertahanan itu diguna pakai untuk kakitangan bukan tentera dan rakyat mungkin tidak mengetahui perkara berkenaan sehingga timbul salah faham yang mendakwa pakaian itu seakan pakaian komunis.

“Saya faham kalau dulu menteri pakai seragam tentera jadi ramai tidak tahu ada baju seragam ini dan bagi saya ia adalah perkara remeh yang dibangkitk­an sesetengah pihak,” katanya.

Pakaian korporat itu disediakan Kementeria­n Pertahanan untuk majlis rasmi tentera seperti lawatan kem, pos keselamata­n dan program yang ditentukan oleh penganjur dan pernah menjadi pakaian rasmi bagi anggota kabinet pada Sambutan Hari Kebangsaan, tahun lepas.

Gambar Liew mula tular dalam laman sosial sejak kelmarin dan mengundang kontrovers­i selepas beliau didakwa memakai pakaian seragam komunis di hadapan askar Melayu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia