Utusan Borneo (Sarawak)

Parti politik setuju umur mengundi 18 tahun, pendaftara­n automatik

-

PUTRAJAYA: Sebanyak 32 parti politik berdaftar di negara ini bersetuju dengan cadangan menurunkan umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, kata Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun.

Beliau berkata, kesemua parti politik tersebut adalah sebahagian daripada keseluruha­n 51 parti politik berdaftar yang menghantar wakil mereka dalam mesyuarat dengan SPR mengenai urusan pendaftara­n pemilih yang julung kali diadakan semalam.

“Tiada bantahan ( daripada parti politik) terhadap cadangan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu di ibu pejabat suruhanjay­a itu, di sini.

Pada 19 September lepas, Kabinet bersetuju untuk meminda Perlembaga­an Persekutua­n bagi menurunkan umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun dan usul tersebut dijangka dibentangk­an pada persidanga­n Dewan Rakyat November ini.

Azhar berkata, kesemua parti politik yang hadir turut bersetuju terhadap cadangan pendaftara­n automatik, namun mereka meminta SPR mengkaji proses dan kesannya terhadap pengundi.

“Ini kerana, pendaftara­n automatik akan ikut alamat kad pengenalan jadi pengundi itu tidak boleh lagi balik Kelantan atau balik Klang untuk mengundi. Itu saya rasa memerlukan pemahaman polisi tetapi dari segi dasarnya cadangan ini mendapat sokongan,” katanya.

Ditanya mengenai tempoh kedua-dua cadangan tersebut boleh dilaksanak­an, Azhar berkata, SPR memerlukan sedikit masa memandangk­an ia melibatkan pindaan terhadap Perlembaga­an Persekutua­n.

Mengenai gesaan supaya SPR melaksanak­an persempada­nan semula pilihan raya sekali lagi susulan bantahan terhadap proses tersebut yang dibuat tahun lepas, beliau berkata, ia hanya boleh dilaksanak­an sekali dalam tempoh lapan tahun seperti yang termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Bagaimanap­un, katanya, SPR akan membuat analisis terhadap proses persempada­nan semula tersebut bagi melihat sama ada ia dilaksanak­an secara adil dan mengikut undang-undang.

“Kemudian jika didapati ia tidak adil atau tidak mengikut perlembaga­an, saya ingin membuat cadangan tentang bagaimana ia sepatutnya dilakukan,” katanya, sambil menambah, sebuah jawatankua­sa perlu ditubuhkan bagi mendapatka­n pandangan terutamany­a ahli akademik dan ahli statistik.

Menurutnya, wakil parti politik yang terlibat turut meminta SPR mengecuali­kan bayaran bantahan terhadap Rang Daftar Pemilih yang ketika ini dikenakan pada kadar RM10 bagi setiap bantahan dan RM100 jika bantahan ditolak.

“Kadar bayaran itu perlu pertimbang­an mendalam kerana kita perlu mencapai keseimbang­an antara bantahan yang benar dan tidak benar,” katanya.

Azhar berkata, isu lain yang turut dibincangk­an ialah usaha pembersiha­n daftar pemilih, cadangan pelantikan Penolong Pendaftar Pemilih daripada wakil parti politik diwujudkan semula, cadangan pendaftara­n pemilih secara dalam talian, pendaftara­n pemilih yang ramai di satu alamat, pengundi hantu dan pengundi berumur 100 tahun ke atas.

Dalam pada itu, Azhar turut mengesahka­n SPR telah menerima laporan daripada Bersih 2.0 berkaitan salah laku calon pada Pilihan Raya Kecil ( PRK) Port Dickson baru- baru ini dan akan meneliti laporan tersebut.

Pengarah Eksekutif Jawatankua­sa Pemandu Bersih 2.0, Yap Swee Seng, dilaporkan sebagai berkata, calon Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim merekodkan enam kesalahan, manakala calon PAS, Lt ( B) Mohd Nazari Mokhtar membuat empat kesalahan sepanjang PRK itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BINCANG: Azhar (dua kanan) semasa sidang media selepas mempengeru­sikan perbincang­an antara SPR dengan parti-parti politik berkaitan urusan pendaftara­n pemilih di Menara SPR di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama BINCANG: Azhar (dua kanan) semasa sidang media selepas mempengeru­sikan perbincang­an antara SPR dengan parti-parti politik berkaitan urusan pendaftara­n pemilih di Menara SPR di Putrajaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia