Utusan Borneo (Sarawak)

Burton sentap Forest hasil jaringan lewat Cook pada aksi pusingan keempat Piala Liga Inggeris di Dean Court

-

LONDON, England: Bournemout­h melangkah ke peringkat suku akhir Piala Liga Inggeris selepas menewaskan Norwich City 2-1 sementara pengurus Burton, Nigel Clough menewaskan bekas kelab Nottingham Forest dalam aksi Piala Liga Inggeris Selasa lepas.

Bournemout­h, yangdibimb­ing Eddie Howe, melangkah ke peringkat suku akhir buat musim kedua berturut-turut hasil gol kemenangan Steve Cook pada perlawanan pusingan keempat di Dean Court.

Cook menjaringk­an gol kemenangan ketika berbaki 18 minit permainan.

Bournemout­h membuka jaringan menerusi gol Junior Stanilas tetapi Onel Hernandez mengikat kedudukan buat kelab divisyen dua itu.

Bournemout­h, yang berada di tangga keenam Liga Perdana Inggeris, masih belum tewas dari lapan perlawanan di tempat sendiri musim ini dan akan menanti kunjungan Manchester United dalam aksi liga hujung minggu ini.

Di Stadium Pirelli, Clough menikmati kejayaan manis ke atas bekas kelab di mana beliau dan ayahnya mengharung­i beberapa hari yang hebat.

Clough adalah salah seorang pemain kegemaran kelab selepas membuat lebih dari 400 penampilan sebagai penyerang pada 1980an dan 1990an, sementara ayahnya, Brian, dua kali membimbing kelab memenangi Piala Eropah untuk menjadi pengurus terhebat mereka.

Burton berada di tangga ke-16 Liga Satu sementara Forest memburu kenaikan ke Liga Perdana Inggeris dan hanya tewas sekali dari 10 perlawanan terakhir.

Tetapi rekod mereka berakhir apabila Clough membimbing kelab – yang merupakan kelab dari kedudukan paling rendah yang masih bersaing dalam pertanding­an ini – ke peringkat suku akhir yang pertama mereka.

Semua gol dijaringka­n dalam separuh masa kedua dengan Burton membuka jaringan dari gol sendiri Saidy Janko.

Scott Fraser menjaringk­an gol kedua Burton pada minit ke-64 sebelum pemain gantian, Lewis Grabban merapatkan kedudukan.

Jake Hesketh menjaringk­an gol ketiga Burton tujuh minit sebelum tamat permainan sebelum Arvin Appiah menjaringk­an gol kedua untuk mencemaska­n Burton pada minit akhir sebelum bertahan sehingga ke wisel penamat.

Leicester mempunyai jadual menentang Southampto­n tetapi ditangguhk­an selepas kematian pemilik kelab, Vichai Srivaddhan­aprabha ekoran satu kemalangan he- likopter.

Tarikh baharu perlawanan itu masih belum ditentukan tetapi mereka dijangka akan beraksi buat kali pertama selepas tragedi itu Sabtu ini menentang Cardiff City dalam aksi Liga Perdana Inggeris. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GOL KEMENANGAN: Cook (kiri) menyaksika­n bola rembatanny­a menerjah jaring pada minit akhir perlawanan pusingan keempat Piala Liga Inggeris menentang Forest di Dean’s Courts, England pada Selasa lepas.
— Gambar AFP GOL KEMENANGAN: Cook (kiri) menyaksika­n bola rembatanny­a menerjah jaring pada minit akhir perlawanan pusingan keempat Piala Liga Inggeris menentang Forest di Dean’s Courts, England pada Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia