Utusan Borneo (Sarawak)

Silva rasakan memenangi kejuaraan liga musim ini akan lebih sukar

-

LONDON, England: Pemain Manchester City, Bernardo Silva, mendakwa memenangi kejuaraan musim ini akan lebih sukar berbanding kejayaan muncul juara musim lepas.

Skuad kendalian Pep Guardiola mencipta beberapa rekod ketika memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan kelebihan 19 mata dari pencabar terdekat, Manchester United.

Dan ketika mereka belum sampai ke kemuncak seperti itu setakat musim ini, City kelihatan masih bersaing di kelompok teratas.

Kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspur Isnin lepas membolehka­n mereka kembali ke tangga teratas dengan kelebihan gol berbanding Liverpool.

Ia adalah kemenangan kelapan dari 10 perlawanan dan perlawanan keenam berturut- turut tanpa bolos tetapi Silva merasakan ia adalah lebih sukar untuk City kekal di tangga teratas musim ini.

“Saya fikir ia pastinya lebih sukar kerana musim lepas tiada siapa menjangkak­an kami akan menang begitu banyak perlawanan dan sampai ke jumlah mata yang banyak, jadi musim ini, pasukan lain tahu mereka harus melakukan yang lebih bagus untuk menewaskan kami,” kata Silva.

“Sudah tentu ia sangat sukar tetapi kami berusaha pada setiap perlawanan untuk mendapatka­n tiga mata dan pada akhirnya kami cuba untuk memenangi satu lagi kejuaraan Liga Perdana.

“Saya fikir sama ada Chelsea dan Liverpool adalah pencabar, mereka pasukan yang kuat, begitu juga Arsenal.

“Malah Tottenham juga boleh menjadi pesaing kami.”

Apa yang menjadikan tugas City lebih mudah ialah mereka sudah bertandang ke Liverpool, Arsenal dan Tottenham tanpa kalah dan mengumpul tujuh mata.

Silva berkata ia juga penting untuk mengutip mata pada perlawanan timbal-balik, yang akan menentukan kemampuan memburu kejuaraan.

“Saya fikir ia penting untuk memenangi perlawanan seperti ini, untuk seri di Anfield dan menang di Emirates (menentang Arsenal) dan sekarang kami juga menang di sini (menentang Spurs),” kata beliau.

“Tetapi mereka masih akan datang ke Etihad dan ia mungkin lebih bagus untuk kami. Ia masih di awal musim dan apa sahaja boleh berlaku, kami harus terus mengekalka­n rentak dan memenangi setiap perlawanan.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? FOKUS: Reaksi Guardiola (kanan) ketika mengeluark­an Jesus untuk menggantik­an tempat Mahrez pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Spurs di Stadium Wembley, London pada Selasa lepas.
— Gambar AFP FOKUS: Reaksi Guardiola (kanan) ketika mengeluark­an Jesus untuk menggantik­an tempat Mahrez pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Spurs di Stadium Wembley, London pada Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia