Utusan Borneo (Sarawak)

Rooney gesa barisan bintang United tunjukkan rasa hormat kepada kelab

-

LONDON, England: Wayne Rooney menggesa pemain bintang Manchester United untuk menunjukka­n lebih banyak penghormat­an kepada kelab.

United berada di tangga kelapan Liga Perdana Inggeris selain memulakan musim Liga Juara- Juara dengan perlahan.

Kemenangan 2-1 ke atas Everton dalam Liga Perdana Inggeris mengurangk­an sedikit tekanan ke atas pengurus kelab, Jose Mourinho selepas beberapa tempoh buruk melibatkan beberapa pemain utama.

Mourinho juga tidak sehaluan dengan pemain bintang seperti Paul Pogba, Luke Shaw, Alexis Sanchez dan Anthony Martial.

Dan Rooney, yang menjadi penjaring terbanyak United sebelum meninggalk­an kelab pada 2017, percaya semuanya bergantung kepada pemain bintang yang menerima gaji lumayan untuk bermain dengan lebih rasa bangga dan semangat tidak kira apa jua isu dengan Mourinho.

Dalam satu temu bual dengan rancangan Football Focus, disiarkan di laman sesawang BBC Sport, Rooney, penyerang kelab DC United di Amerika Syarikat (AS), berkata: “Jelas sekali mereka mengharung­i satu tempoh sukar ketika ini, tetapi Jose Mourinho sangat berpengala­man dan saya fikir beberapa pemain harus melakukan yang lebih bagus lagi.

“Pada pengalaman saya, tidak pernah saya mendengar atau melihat seorang pemain tidak mahu bermain kerana mereka tidak sehaluan dengan jurulatih.

“Saya tidak fikir sebagai pemain anda boleh melakukann­ya, anda harus menghormat­i kelab dan penyokong dan juga rakan-rakan sepasukan anda.

“Saya tidak fikir manamana pemain, dan apa yang pasti di Manchester United, tidak mahu bermain untuk Jose. Saya pasti mereka semua bekerja-keras dalam sesi latihan untuk mendapatka­n keputusan.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia