Utusan Borneo (Sarawak)

Bayern berhempas-pulas lepasi ancaman Roedinghau­sen

-

BERLIN, Jerman: Kelab yang terdiri dari pemain separuh masa, Roedinghau­sen, memaksa kelab gergasi bola sepak Jerman, Bayern Munich, berhempas- pulas sebelum menang 2-1 pada perlawanan pusingan kedua Piala Jerman Selasa lepas.

Ia jelas aksi buruk buat Bayern, juara bertahan Bundesliga Jerman dan kemenangan juga mempunyai kesan besar apabila pemainnya, Thiago Alcantara terpaksa diusung keluar dari padang ketika berbaki 15 minit permainan.

“Kami berjaya meneruskan kemaraan tetapi semua orang perlu memikirkan tentang prestasi mereka di sini,” kata penjaring gol, Thomas Mueller.

“Kami bermain dengan baik untuk 20 minit pertama tetapi kemudian kami melakukan banyak kesilapan dan menjadi cemas.”

Bayern mendahului 2- 0 selepas 13 minit perlawanan di Osnabrueck apabila Sandro Wagner dan Mueller dari tendangan penalti menjaringk­an gol.

Bayern kemudian mensiasiak­an satu peluang terbaik menambah jaringan pada minit ke-23 apabila Renato Sanches melihat tendangan penaltinya terkena palang. Walaupun ketinggala­n 0-2 pada masa rehat, Roed- inghausen mengimpika­n satu kejutan besar apabila Linus Meyer merapatkan kedudukan pada minit ke- 50, sekali gus menyebabka­n Bayern bergelut untuk bertahan sehingga ke wisel penamat.

Jurulatih Bayern, Niko Kovac menurunkan skuad yang lemah tetapi masih mempunyai 11 pemain bertaraf antarabang­sa.

Mereka membuka jaringan seawal minit keempat apabila Wagner menyempurn­akan umpanan Sanches.

Apabila Sanches dikasari dalam kotak penalti, Mueller menyempurn­akan tendangan penalti untuk membayangk­an pesta gol selepas itu.

Mereka mempunyai peluang menjadikan kedudukan 3- 0 tetapi tendangan Sanches terkena palang.

Pada perlawanan lain, kelab divisyen empat, Ulm, yang mengejutka­n juara bertahan, Eintracht Frankfurt di pusingan pertama, menamatkan saingan apabila dimalukan 1- 5 oleh kelab tercorot Bundesliga, Fortuna Duesseldor­f.

Wolfsburg menewaskan Hanover 96 2-0 pada pertemuan dua kelab Bundesliga dan Hertha Berlin menewaskan kelab divisyen tiga, Darmstadt 2- 0. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERSENTAK SEKETIKA: Penjaga gol Bayern, Manuel Neuer (kiri) tergamam selepas Meyer (kanan) menjaringk­an gol pertama pasukannya pada perlawanan pusingan keempat Piala Jerman, di Osnabrueck, Jerman kelmarin.
— Gambar AFP TERSENTAK SEKETIKA: Penjaga gol Bayern, Manuel Neuer (kiri) tergamam selepas Meyer (kanan) menjaringk­an gol pertama pasukannya pada perlawanan pusingan keempat Piala Jerman, di Osnabrueck, Jerman kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia