Utusan Borneo (Sarawak)

Apabila anda menipu, maka anda akan disingkirk­an dari pertanding­an: Tebas

-

PARIS, Perancis: Presiden La Liga Sepanyol, Javier Tebas, meningkatk­an kritikan terhadap kelab Perancis, Paris Saint Germain (PSG) ketika beliau mendesak badan induk bola sepak Eropah (UEFA) untuk menyingkir­kan pasukan dari pertanding­an Liga Juara-Juara kerana melanggar Peraturan Kewangan Bersih (FFP).

UEFA membuka satu siasatan ke atas perbelanja­an kelab PSG, yang dimiliki hartawan Qatar pada September 2017 ekoran tekanan dari beber- apa kelab elit Eropah selepas mereka membeli Neymar dari Barcelona untuk rekod dunia perpindaha­n bernilai 222 juta euro.

Beberapa minggu kemudian mereka melengkapk­an pembelian Kylian Mbappe dari Monaco dengan nilai 180 juta euro walaupun atas nama kontrak pinjaman tetapi dengan klausa pembelian tetap, dengan Tebas adalah orang paling lantang mengkritik kewangan PSG selain turut mensasarka­n kelab Manchester City yang dimiliki hartawan Abu Dhabi.

“Peraturan Kewangan Bersih UEFA menjelaska­n bahawa apabila anda menipu dengan bajet anda, maka anda akan disingkirk­an dari pertanding­an,” kata Tebas Selasa lepas semasa satu temu bual dengan beberapa media di Paris, termasuk AFP.

PSG tidak pernah digantung dari bermain dalam Liga Juara-Juara, walaupun pada lewat bulan September, UEFA berkata ia telah merujuk pertuduhan terhadap juara Ligue 1 Perancis itu kepada unit kewangan badan induk “untuk siasatan lanjut”.

Peraturan UEFA berkata kelab-kelab tidak dapat membelanja­kan lebih dari apa yang mereka perolehi dalam manamana musim dan hutang kelab seharusnya di antara had 30 juta euro dalam tempoh tiga musim.

Dalam kes PSG, ia disukarkan dengan perjanjian penajaan dengan Bank Kebangsaan Qatar dan pihak berkuasa pelanconga­n negara itu. Tebas mendakwa keyaki- nannya terhadap UEFA dan FFP semakin tipis.

“Saya sangsi. Saya harus mempunyai keyakinan sekarang. Apabila semua proses ini berakhir, tanya saya lagi,” kata beliau.

Tebas tidak mengendahk­an rayuan Presiden PSG, Nasser Al Khelaifi untuk berhenti membuat kritikan terbuka dan mendakwa beliau bukan hanya cuba mempertaha­nkan kepentinga­n dua kelab gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona.

Kedua-dua kelab itu, ber- sama- sama kelab gergasi tradisi Eropah, telah diancam oleh kemunculan PSG dan City dengan pemilik yang kaya-raya.

“Saya mahu bola sepak menjadi seimbang dari segi ekonomi, supaya tiada sebarang cara keji untuk menjadi besar kerana struktur ekonomi bola sepak sedia ada dalam bahaya,” kata beliau.

“Dalam kes ini, saya mempertaha­nkan kepentinga­n bola sepak di Eropah.

“Peraturan Kewangan Bersih UEFA dibuat untuk dipatuhi. Kami juga menyelar Manchester City dan juga mengkaji beberapa kelab lain di Eropah, bukan hanya PSG, yang jelas sekali lagi ketara dalam kes ini.”

Beliau menyalahka­n dua kelab kerana terus menimbulka­n inflasi gaji dan yuran perpindaha­n, dengan pembelian Neymar oleh PSG naik dua kali ganda dari jumlah yang dibayar oleh Manchester United untuk membeli semula Paul Pogba dari Juventus dengan nilai 105 juta euro setahun sebelum ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia