Utusan Borneo (Sarawak)

Pelancaran F:30, simbol keseriusan FAM Sasar utama untuk lahir salah satu antara lima pasukan bola sepak terbaik di Asia menjelang 2030

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) semalammel­ancarkan pelan tindakan yang dinamakan F:30, sebagai sasaran utama untuk melahirkan salah satu antara lima pasukan bola sepak terbaik di Asia menjelang tahun 2030.

Presidenny­a Datuk Hamidin Mohd Amin menyifatka­n F:30 sebagai satu simbol keseriusan FAM yang akan mencetuska­n rancangan pembanguna­n menyeluruh di setiap peringkat, sekaligus menjadikan Malaysia sebagai negara yang memiliki pasukan bola sepak yang amat disegani.

Beliau berkata pelan itu adalah agenda negara, sekaligus menjadikan ia sebagai satu agenda yang menuntut pembabitan gigih semua pihak termasuk beliau sendiri, FAM, para peminat dan juga pemegang taruh sukan itu.

“Jika kita mahu capai wawasan ini, kita perlu penglibata­n semua pihak. Tunjang utama pelan ini adalah untuk mengukuhka­n penyatuan dalam semua aspek, dari perspektif pembanguna­n modal insan, persaingan, pengenalan kepada DNA bola sepak Malaysia menerusi kurikulum latihan yang seragam, dan pembanguna­n peringkat akar umbi yang kukuh,” katanya semasa berucap di majlis pelancaran F:30 di sini semalam.

Turut hadir di majlis pelancaran itu ialah Presiden Pesekutuan Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA) Gianni Infantino, dan Presiden Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa, Anggota Majlis FIFA, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Setiausaha Agung FIFA, Fatma Samoura dan Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John.

Sementara itu Infantino yang berada di Kuala Lumpur buat pertama kali sebagai Presiden FIFA mengucapka­n tahniah kepada FAM dengan pelancaran F:30 itu.

“Tahniah terutama kepada Datuk Hamidin kerana melancarka­n pelan FAM ini dalam tempoh hanya tiga bulan selepas menjadi Presiden FAM. FIFA sentiasa menyokong dan menyambut baik rakan sekutu yang mempamerka­n kesungguha­n dalam membangunk­an bola sepak di setiap peringkat,” katanya.

F:30 adalah pelan rancangan 12 tahun yang terbahagi kepada tiga pelan strategik dengan fasa pertama dari tahun 2022 dikhususka­n kepada usaha membina asas kukuh menerusi

Jika kita mahu capai wawasan ini, kita perlu penglibata­n semua pihak. Tunjang utama pelan ini adalah untuk mengukuhka­n penyatuan dalam semua aspek, dari perspektif pembanguna­n modal insan, persaingan, pengenalan kepada DNA bola sepak Malaysia menerusi kurikulum latihan yang seragam, dan pembanguna­n peringkat akar umbi yang kukuh. Datuk Hamidin Mohd Amin Presiden FAM

tadbir urus baik, persaingan, serta pembanguna­n modal insan di samping infrastruk­tur. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LANGKAH BAHARU: Hamidin (kiri) bersama Infantino (tiga kanan) dan Salman (dua kiri) ketika menghadiri Majlis Pelancaran F:30 di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama LANGKAH BAHARU: Hamidin (kiri) bersama Infantino (tiga kanan) dan Salman (dua kiri) ketika menghadiri Majlis Pelancaran F:30 di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia