Utusan Borneo (Sarawak)

Djokovic buka langkah kanan, Federer sahkan penyertaan Siri Master Paris

-

PARIS, Perancis: Novak Djokovic meningkatk­an peluang untuk merampas ranking nombor satu dunia dengan menewaskan Joao Sousa 7-5 dan 6-1 pada kejohanan Siri Master Paris di sini Selasa lepas sementara Roger Federer mengesahka­n beliau akan bermain di sini buat kali pertama sejak 2015.

Djokovic boleh merampas ranking nombor satu dunia dari Rafael Nadal minggu ini jika mengatasi pencapaian Nadal di sini.

Djokovic tidak pernah tewas satu set dari lima pertemuan menentang Sousa tetapi mensia-siakan pendahulua­n 4-1 sebelum mengembali­kan keyakinan untuk menang.

Dengan kemenangan itu, Djokovic akan menentang Damir Dzumhur dari Bosnia di pusingan 16 akhir.

Federer akan menentang Milos Raonic dari Kanada selepas menerima laluan percuma di pusingan pertama.

Satu-satu kemenangan Federer di sini ialah pad 2011. Pada penampilan terakhir di sini pada 2015, beliau tewas di pusingan 16 akhir kepada John Isner dari Amerika Syarikat (AS).

Beliau tidak beraksi lagi selepas itu kerana kecederaan dan juga penguranga­n jadual perlawanan. Beliau juga tidak beraksi pada tiga edisi terakhir Terbuka Perancis.

Ia adalah kejohanan bukan Grand Slam yang memaparkan tiga bintang legenda – Federer, Nadal dan Djokovic – pada satu masa sejak Siri Master Indian Wells tahun lepas.

“Saya merasakan ia lebih bagus untuk saya bermain perlawanan kompetetif dari latihan, dan selagi saya menjaga kesihatan saya sebelum ke London (Final ATP), saya ia berbaloi untuk beraksi di sini,” kata Federer.

Raonic menempah pertemuan menentang Federer selepas menewaskan Jo-Wilfried Tsonga dari Perancis 6-7(4/7), 7-6(7/5) dan 7-6(7/5) pada pusingan pertama.

Nadal, belum pernah memenangi Siri Master Paris, memulakan kejohanan menentang rakan senegarany­a dari Sepanyol, Fernando Verdasco, yang menewaskan Jeremy Chardy dari Perancis 6-4 dan 6-4. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia