Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada sasaran spesifik bagi dua pasukan Sarawak pada AIBC

-

KUCHING: Tiada sasaran spesifik diletakkan pasukan Bandaraya Kuching dan Padawan yang akan membawa cabaran Sarawak pada Kejohanan Boling Antara Bandaraya (AIBC) dijadual bermula hari ini di Megalanes Sarawak, E-Mart Batu Kawa.

Pengurus Pasukan Padawan Robert Lu berkata, kedua-dua pasukan bagaimanap­un bersedia sepenuhnya untuk memberi tentangan sengit kepada pencabar lain.

“Kita memanggil atlet kebangsaan iaitu Nerosha Keligit Thiagaraja­n dan Gillian Lim Siew Giok untuk menguatkan pasukan termasuk atlet SUKMA, Nur Aina Kamalia dan Dayang Yumi Azreen Abang Azman.

“Manakala bagi pasukan lelaki, kita dibarisi pemenang emas 2015, Christophe­r Tiong Lee Siong, Brandon Ting, Mohd Uzair Irsyad dan Tsen Fan Yew,” ujar Robert semalam sambil menambah keempat-empat pemain itu adalah atlet SUKMA XIX Perak.

Padawan turut diwakili Edward Juit, Wagiman Kassim, Mohd Amran Mohd Sa’id dan Abang Jamallidon Abang Ullie dalam kategori lelaki senior, manakala Datuk Raki’ah Ali, Nor Azizah Mohamad, Maimunah Arshad dan Iyliana Abdullah beraksi dalam kategori wanita senior.

“Kita mungkin berpeluang untuk melakar sesuatu dalam kategori senior,” jelas Robert yang juga Naib Presiden Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS).

Bagi pasukan Bandaraya Kuching, Timbalan Presiden ABAS Shaifulbah­ri Shukri tampil selaku Pengurus Pasukan yang hanya mempertaru­h pasukan lelaki dan wanita.

Pasukan lelaki Kuching menampilka­n Raphael Edward, Muhd Syazwan Datu Sajeli, Bremen Wong Win Keong dan Abdul Rahman Mohamad, manakala pasukan wanita diwakili Caroline Chien, Nurafidza Mohd Amran, Fatrizeria­h Jerawi dan Nur Diyana Musa.

Menurut Robert lagi, Paranaque City dari Filipina diletakkan selaku pilihan kerana merupakan juara keseluruha­n pada AIBC edisi Ke-29 yang dianjurkan di Kuching pada 2015.

“Kita tidak menghantar sebarang penyertaan pada AIBC 2016 di Jakarta, Indonesia dan 2017 di Yan Cheng City, China,” tambah Robert lagi.

Kesemua 14 pasukan yang mengambil bahagian menyertai sesi latihan di Megalanes Sarawak semalam.

 ??  ?? KIBAR CABARAN: Robert (kiri) sempat merakamkan swafoto berkumpula­n dengan pemain wanita pasukan Padawan selepas sesi latihan di Megalanes.
KIBAR CABARAN: Robert (kiri) sempat merakamkan swafoto berkumpula­n dengan pemain wanita pasukan Padawan selepas sesi latihan di Megalanes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia