Utusan Borneo (Sarawak)

Susan Yee muncul juara Division 1 (36 Holes Nett) Golden Girls Golf

-

MIRI: Susan Yee dengan kutipan mata 152 muncul juara kategori Division 1 (36 Holes Nett) pada Kejohanan Golden Girls Golf yang berlangsun­g di Kelab Golf Miri, baru-baru ini.

Tempat kedua dan ketiga dengan kutipan mata 154 dan 156 masing-masing disandang oleh Alice Repet dan Jane Teo.

Kejohanan julung kali berkenaan diadakan sempena dengan tema Majlis Bandaraya Miri (MBM) ‘Visit Miri Year 2018.’

Bagi kategori Division 2 (36 Holes Nett), An Yong Sook muncul di tempat pertama, diikuti Teo Ai Hung dan Lee Jong Ran.

Tempat keempat hingga keenam, masing-masing berpihak kepada Annie Chong, Puan Sri Datin Tiong Pick Ling dan Cherine Sim.

Kategori Division 3 (36 Holes Nett) pula menyaksika­n tempat pertama dimenangi Suraini Rapaiee, diikuti Datin Stella Ainun di tempat kedua, tempat ketiga dan keempat masing-masing menjadi milik Elaizabeth Su dan Christina Lai.

Rokia Yusof Daud pula menang tempat pertama bagi kategori Overall Gross (36 Holes Gross), diikuti Joan Chin di tempat kedua dan tempat ketiga milik Patricia Lipang.

Bagi Special Category for Ladies ( 36 Holes Nett), Shirley Gregory meraih tem- pat pertama, tempat kedua dan ketiga berpihak kepada Rosmeta dan Helene Ayu.

Majlis makan malam gala juga diadakan di Imperial Palace Hotel yang dihadiri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan Datuk Bandar MBM Adam Yii sekali gus menyampaik­an hadiah kepada para pemenang.

Selain itu, dalam usaha mempromosi­kan bandar raya Miri, organisasi Moving Communitie­s yang diketuai oleh Penaungnya Datin Patinggi Puan Sri Datuk Wira Lorna Enan Muloon Chan telah mempamerka­n pelbagai kebudayaan menerusi kraf tangan dan makanan tempatan sepanjang dua hari acara terbabit berlangsun­g.

Penganjura­n Golden Girls Golf merupakan inisiatif Lorna yang diilhamkan pada Mach 2018.

Acara terbabit memberi tumpuan kepada pemain golf wanita untuk saling bersaing mengikut kategori umur serta kekuatan kemahiran masingmasi­ng, selain menikmati permainan sukan tersebut.

Di bawah Pengerusi Penganur Susan Yee, acara berkenaan telah menarik 56 peserta berumur 50 dan ke atas dari Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam.

Hadiah utama bagi pemenang ‘ hole- in- one’ turut ditawarkan kepada peserta yang ditaja oleh Puan Sri Datin Amar Fredahanam Mahmud.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: (Berdiri baris kedua, sebelas kanan) Lorna merakam kenangan bersama para pemenang dan jawatankua­sa penganjur Golden Girls Golf.
UNTUK ALBUM: (Berdiri baris kedua, sebelas kanan) Lorna merakam kenangan bersama para pemenang dan jawatankua­sa penganjur Golden Girls Golf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia