Utusan Borneo (Sarawak)

Orang Ulu digesa guna ekonomi digital luaskan pasaran kraf

- Oleh Sudan Ajang

MASYARAKAT Orang Ulu yang terkenal dengan kraf tangan manik perlu menggunaka­n ekonomi digital bagi mengetenga­hkan produk itu ke pasaran yang lebih luas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, pembuatan kraf tangan menggunaka­n manik amat sinonim dan sudah menjadi sebahagian hidup masyarakat Orang Ulu, justeru amat wajar ia diperkenal­kan ke pasaran lebih luas.

“Tidak dinafikan masyar- akat Orang Ulu mempunyai bakat luar biasa dalam menghasilk­an kraf tangan menggunaka­n manik.

“Namun ini tidak memadai, pembuat kraf tangan manik harus menguasai kemahiran memasarkan produk itu melalui alam maya. Di sinilah kebolehan kita dalam mengendali­kan laman sesawang dan media sosial diperlukan untuk mempromosi dan memasarkan produk itu ke seluruh dunia,” katanya.

Dennis berkata demikian semasa majlis penutupan Bengkel Aksesori Manik dan Keterampil­an Diri anjuran Pustaka Negeri Sarawak Miri dan Badan Isteri-isteri Ketua Masyarakat Orang Ulu, baru-baru ini.

Beliau menambah, melalui promosi dan pemasaran secara digital, pembuat kraf tangan berupaya mencapai ramai pelanggan yang berpotensi dalam dan luar negara dan tidak terhad dalam kalangan pelanggan tempatan.

Dennis turut memuji usaha Badan Isteri-isteri Ketua Masyarakat Orang Ulu kerana bekerjasam­a dengan Pustaka Negeri Sarawak Miri dalam menganjurk­an bengkel ini.

“Saya berharap peserta bengkel mendapat man- faat dan menimba pengetahua­n yang baharu sekali gus menyuntik minat mereka untuk menceburi bidang perniagaan,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 52 peserta mengambil bahagian dalam bengkel ini yang dikendalik­an oleh fasilitato­r Victoria Mujan dan bengkel keterampil­an diri oleh Sandra Michael.

Hadir sama pengerusi Badan Isteri-isteri Ketua Masyarakat Orang Ulu merangkap ketua masyarakat Orang Ulu Baram Temenggung Elizabeth Deng, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Charles Balan Seling, Pengurus Pustaka Negeri Sarawak Wilayah Miri Salina Zawawi dan ketuaketua masyarakat Orang Ulu Baram.

 ??  ?? TEKUN: Para peserta mengikuti bengkel menyusun manik anjuran Pustaka Negeri Sarawak Miri dan Badan Isteri-isteri Ketua Masyarakat Orang Ulu di Miri, baru-baru ini. PENGHARGAA­N: Elizabeth menyampaik­an cenderamat­a kepada Dennis, kelihatan sama Salina (lima kiri), Charles (sebelah Elizabeth) isteri-isteri ketua masyarakat dan ketua-ketua masyarakat yang lain.
TEKUN: Para peserta mengikuti bengkel menyusun manik anjuran Pustaka Negeri Sarawak Miri dan Badan Isteri-isteri Ketua Masyarakat Orang Ulu di Miri, baru-baru ini. PENGHARGAA­N: Elizabeth menyampaik­an cenderamat­a kepada Dennis, kelihatan sama Salina (lima kiri), Charles (sebelah Elizabeth) isteri-isteri ketua masyarakat dan ketua-ketua masyarakat yang lain.
 ??  ?? CANTIK: Antara rantai leher yang diperbuat menggunaka­n manik dan perhiasan lain yang turut dipamerkan semasa Bengkel Aksesori Manik dan Keterampil­an Diri.
CANTIK: Antara rantai leher yang diperbuat menggunaka­n manik dan perhiasan lain yang turut dipamerkan semasa Bengkel Aksesori Manik dan Keterampil­an Diri.
 ??  ?? TELITI: Peserta menyusun manik pada bengkel yang dikendalik­an salah seorang usahawan kraf tangan terkemuka, Victoria.
TELITI: Peserta menyusun manik pada bengkel yang dikendalik­an salah seorang usahawan kraf tangan terkemuka, Victoria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia