Utusan Borneo (Sarawak)

Kursus Jangka Pendek Projek LINK – Kimpalan Arka Tinggi bermula Januari depan

-

para pelajaran yang telah menunjukka­n prstasi membanggak­an di sepanjang sesi persekolah­an mereka.

Tetamu kehormat yang telah hadir dan menyampaik­an hadiah kepada pelajar cemerlang pada program ini ialah Ketua Pegawai Pelajaran Daerah (PDD) Sarikei Lau Ngie Tung.

Turut hadir ialah Pengetua Vincent Liong Shou Chuan serta 20 pengetua dan guru besar dari daerah Sarikei serta 255 ibu bapa pelajar. JABATAN Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) mempelawa pemohon bagi Kursus Jangka Pendek (setahun) Projek LINK – Kimpalan Arka Tinggi yang akan bermula pada Januari 2019 di Kolej Vokasional Miri.

Menurut Jurucakap JPNS, pemohon yang berminat hendaklah tamat tingkatan lima dan berumur tidak melebihi 23 tahun pada 1 Januari 2019.

Bagi calon-calon yang memohon kursus Projek Link – Kimpalan Arka Peringkat Tinggi hendaklah mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Asas/ Pertengaha­n dalam bidang kimpalan atau telah tamat mengikuti kursus kimpalan di Sekolah Menengah Teknik/Vokasional atau institusi-institusi lain.

Sehubungan itu, borang permohonan dan maklumat kursus boleh didapati dari semua Pejabat Pendidikan Daerah dan Sekolah Menengah Teknik/ Vokasional di Sarawak dan laman sesawang rasmi jabatan http:// jpnsarawak.moe.gov.my.

Borang yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Jalan Diplomatik Off Jalan Bako, Petra Jaya, 93050 Kuching (u.p: Unit Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah), selewat-lewatnya pada 15 Januari, 2019. TAKLIMAT Akta Perubatan Tradisiona­l dan Komplement­ari 2016 (Akta 775) telah diadakan barubaru ini di Taman Merdang Gayam di Kuching.

Menurut kenyataan akhbar baru-baru ini, pengamal perubatan tradisiona­l Melayu Chin Boon Tek telah mengadakan taklimat untuk 23 pengamal perubatan.

Taklimat tersebut antara lain bertujuan untuk memberikan penjelasan kepada para pengamal tentang akta tersebut yang telah berkuat kuasa pada 1 Ogos 2016.

Ketua Cawangan, Cawangan Perubatan Tradisiona­l dan Komplement­ari, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Mohd Yusfadzry Yusuf turut dijemput hadir sebagai penceramah undangan.

 ??  ?? TAHNIAH: Ismawi (duduk, tiga kiri), Mustapha (duduk, empat kiri) dan Yasin (duduk, lima kiri) bergambar bersama ahli jawatankua­sa tertinggi Persatuan Guru Al-Quran Bahagian Kuching.
TAHNIAH: Ismawi (duduk, tiga kiri), Mustapha (duduk, empat kiri) dan Yasin (duduk, lima kiri) bergambar bersama ahli jawatankua­sa tertinggi Persatuan Guru Al-Quran Bahagian Kuching.
 ??  ?? JADI TELADAN: Pelajar Contoh 2018 merakam gambar bersama tetamu kehormat.
JADI TELADAN: Pelajar Contoh 2018 merakam gambar bersama tetamu kehormat.
 ??  ?? LAYANAN MESRA: Simoi (berdiri tengah) bersama guru-guru dan murid-murid SK Saint Dunstan Sri Aman semasa menerima kunjungan rombongan berkenaan di kediamanny­a di Taman Sukma, Kuching baru-baru ini.
LAYANAN MESRA: Simoi (berdiri tengah) bersama guru-guru dan murid-murid SK Saint Dunstan Sri Aman semasa menerima kunjungan rombongan berkenaan di kediamanny­a di Taman Sukma, Kuching baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia