Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua guru al-Quran dan Imam Besar Negeri diraikan

-

PERSATUAN Guru AlQuran Bahagian Kuching meraikan Ketua Guru Al-Quran Persatuan Guru al-Quran Bahagian Kuching, Ustaz Dato Ismawi Duet dan Imam Besar Negeri Sarawak, Ustaz Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi pada majlis jamuan tengah hari yang diadakan di Hotel Grand Margherita di Kuching, baru-baru ini.

Menurut kenyataan akhbar, Ismawi dan Mustapha Kamal adalah antara 12 yang menerima anugerah darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran ‘Dato’ sempena sambutan hari jadi ke-82 Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pengerusi PGQBK Yassin Fakir dan timbalanny­a, Ustaz San’ani Fauzi serta beberapa ahli jawatankua­sa tertinggi persatuan itu.

Berucap pada majlis itu, Yassin berkata majlis yang sederhana itu diadakan sebagai tanda kesyukuran ahli jawatankua­sa tertinggi dan ahli PGQBK terhadap anugerah kebesaran yang diterima oleh Ismawi dan Mustapha.

Menurutnya, penganuger­ahan darjah kebesaran itu membuktika­n peranan dan khidmat guru al-Quran serta golongan imam di negeri ini mendapat pengiktira­fan daripada kerajaan Sarawak.

Sementara itu, Ismawi dan Mustapha Kamal dalam ucapan mereka, masingmasi­ng menghargai anugerah darjah PSBS yang dianugerah­kan kepada mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia