Utusan Borneo (Sarawak)

Astro catat rekod baharu bagi ‘Seni Potret Terbesar’ di Malaysia

-

PERAYAAN cahaya cukup sinonim dengan dekorasi berwarna-warni, termasukla­h seni ‘kolam.’

Sempena dengan sambutan Deepavali pada tahun ini, Astro Seithigal Berjaya memecah rekod dengan menghasilk­an sebuah ‘kolam’ terbesar di Malaysia dan menerima anugerah bagi pencapaian ‘Seni Potret Terbesar Yang Dihasilkan daripada Bijian Pelbagai Warna’ daripada Malaysia Book of Records (MBR).

Wakil daripada MBR menyampaik­an sijil anugerah tersebut kepada Dr Rajamani Chellamuth­u, Naib Presiden Kanan, Perniagaan Pelanggan India, Astro baru-baru ini.

Lakaran ‘kolam’ yang berjaya memecah rekod itu merupakan gambaran seorang wanita yang se- dang memegang lampu minyak India.

Hasil seni ini akan dipamerkan kepada orang ramai di IOI City Mall, Putrajaya dari 29 Oktober hingga 2 November.

‘Kolam’ berukuran 1,600 kaki persegi ini mengambil masa selama 12 jam untuk disiapkan oleh sejumlah 23 orang yang terdiri daripada barisan sukarelawa­n serta pasukan Astro Seithigal.

“Tahniah kepada semua sukarelawa­n dan pasukan Astro Seithigal atas usaha keras mereka menghasilk­an sebuah ‘kolam’ yang sangat indah dan besar ini sehingga berjaya mencatat rekod MBR.

“Pencapaian ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa dedikasi dan kesungguha­n mereka. Lakaran ‘kolam’ adalah simbolik kepada makna sebenar Deepavali kerana ia mewakili cahaya dalaman kita yang melindungi diri daripada kegelapan rohani.

“Kami mengalu-alukan kehadiran semua orang untuk melihat ‘kolam’ tersebut yang dipamerkan di IOI City Mall, Putrajaya,” kata Dr Rajamani.

Pada majlis yang sama, Astro turut mengumumka­n pembikinan sebuah dokumentar­i berdurasi satu jam yang berkisar mengenai kisah Tun Dr Mahathir Mohamad, bertajuk ‘MAHA Sarithiram.’

Dokumentar­i ini akan membawa penonton menelusuri susur kehidupan Perdana Menteri tersebut sebagai seorang pemimpin keluarga dan juga ahli politik serta kesungguha­n beliau untuk memenangi pilihan raya seterusnya membuat kemunculan semula sebagai Perdana Menteri ketujuh Malaysia.

‘MAHA Sarithiram akan dihasilkan dalam bahasa Tamil berserta pilihan sari kata dalam tiga bahasa iaitu bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan Mandarin.

Dokumentar­i ini bakal ditayangka­n di Astro pada Januari 2019.

 ??  ?? DIIKTIRAF: Penyerahan sijil anugerah ‘Seni Potret Terbesar Yang Dihasilkan daripada Bijian Pelbagai Warna’ daripada Malaysia Book of Records.
DIIKTIRAF: Penyerahan sijil anugerah ‘Seni Potret Terbesar Yang Dihasilkan daripada Bijian Pelbagai Warna’ daripada Malaysia Book of Records.
 ??  ?? SANGAT INDAH: ‘ Kolam’ yang dihasilkan 23 orang yang terdiri daripada sukarelawa­n serta pasukan Astro Seithigal.
SANGAT INDAH: ‘ Kolam’ yang dihasilkan 23 orang yang terdiri daripada sukarelawa­n serta pasukan Astro Seithigal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia