Utusan Borneo (Sarawak)

Festival BOF 2018 di Korea Selatan tarik lebih 270,000 pengunjung

-

BUSAN One Asia 2018 (BOF 2018), festival Hallyu nombor satu di Asia, menarik kehadiran 273,300 pengunjung, jumlah terbesar dalam sejarahnya.

Festival sembilan hari itu melabuhkan tirai dengan konsert penutup pada 28 Oktober dengan persembaha­n Red Velvet, Teen Top, Astro, Dynamic Duo dan Mighty Mouth.

Kumpulan Projek BOF dalam satu kenyataan kelmarin berkata, festival berkenaan menunjukka­n kepada dunia bahawa Busan adalah bandar raya yang kaya dengan kandungan Hallyu.

“Warga Busan, pelancong dari dalam dan luar negara, terima kasih banyak-banyak kerana datang ke sini untuk perayaan sembilan hari itu,” katanya.

Konsert pembukaan pada 20 Oktober menarik 36,000 penonton, yang terpesona dengan persembaha­n pemuzik terkemuka Korea seperti EXO, Wanna One dan Seventeen.

‘Konsert Taman’ pula telah menghiburk­an kira-kira 47,000 orang, manakala acara ‘BOF Land’ menarik 159,723 pelawat sepanjang festival yang masuk edisi ketiga pada tahun ini.

“Ramai pelancong dari luar negara datang ke Busan untuk BOF 2018. Mereka tidak datang hanya dari Jepun, China, Hong Kong dan Taiwan tetapi juga dari Asia Tenggara, yang membuktika­n bahawa ia merupakan festival Hallyu nombor satu di Asia,” katanya.

BOF 2018, berusaha untuk menjadi festival berkaitan Hallyu sepenuhnya.

“Oleh itu, ia menyampaik­an pelbagai kandungan K yang terkemuka mengenai Hallyu yang menjangkau dari K-pop sehinggaka­n seni, kecantikan dan fesyen.

“Festival itu berkomunik­asi dengan rakyat dan juga berkongsi kegembiraa­n dengan mereka menerusi pelbagai genre persembaha­n dan program pengalaman. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia