Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Louisville beri penghormat­an kepada dua mangsa serangan ‘perkauman’

-

CHICAGO: Orang pertama daripada dua pembeli di kedai runcit Afrika Amerika yang ditembak mati oleh seorang lelaki kulit putih yang bersenjata dalam serangan dikatakan oleh polis sebagai bermotifka­n perkauman telah dikebumika­n kelmarin.

Maurice Stallard, 69, dan Vickie Lee Jones, 67, ditembak mati pada Rabu minggu lepas di sebuah kedai subbandar di Louisville, Kentucky.

Kematian mereka berlaku beberapa hari sebelum pembunuhan beramai-ramai antiSemiti­k di Pittsburgh dan satu siri penghantar­an bom mel kepada pegawai liberal berprofil tinggi telah mencetuska­n perhitunga­n negara bagi perpecahan perkauman dan politik yang mendalam.

Upacara pengebumia­n Stallard dijangka diadakan di sebuah gereja di tenggara Louisville sementara Jones akan dikebumika­n di bandar ini pada Sabtu.

Penyerang yang disyaki, berusia 51 tahun, Gregory Bush dikatakan telah cuba namun gagal untuk masuk ke dalam First Baptist Church di subbandar Jeffersont­own.

Dia kemudian dikatakan menuju ke sebuah kedai runcit berhampira­n dan melepaskan tembakan beberapa kali ke arah Stallard di dalam kedai dan Jones di tempat letak kereta.

Ketua polis Jeffersont­own Sam Rogers memberitah­u semasa satu sembahyang Ahad di First Baptist Church bahawa serangan adalah “bersifat perkauman”.

“Saya berasa marah bahawa kami sebagai sebuah masyarakat berterusan untuk mepunyai isu-isu melibatkan perkauman dan keganasan,” ujar beliau.

Bush – yang dikatakan memberitah­u seorang orang awam bahawa “orang kulit putih tidak membunuh orang kulit putih” – berada dalam tahanan, didakwa dengan dua pertuduhan membunuh dan 10 tuduhan mencetuska­n keadaan bahaya.

Stallard diingati oleh teman-teman sebagai seorang yang penting dalam komuniti mereka.

Beliau merupakan bapa kepada seorang pegawai berpangkat tinggi dalam kerajaan bandar Louisville.

“Beliau hanya seorang yang sangat disegani oleh ramai orang,” seorang teman Phil Fletcher memberitah­u stesen televisyen tenmpatan WAVE yang dikaitkan dengan NBC.

Jones telah dikenang sebagai seorang anak perempuan yang baik dan seorang bekas pesakit kanser payu dara.

Beliau berada di dalam kedai runcit untuk membeli makanan untuk ibunya yang sedang sakit tenat, aktivis komuniti Sadiqa Reynolds memberitah­u stesen radio WBUR.

“Beliau merupakan orang yang sering pergi, memeriksa ibunya, menjaga ibunya,” menurut Reynolds, dari Louisville Urban League.

Kejadian tembakan “telah memberikan kesan terhadap kedua-dua keluarga. Ia amat mengejutka­n. Serta bandar sedang berkabung,” tambah beliau.

Datuk bandar Louisville Greg Fischer, yang menyeru bagi tindakan memperketa­tkan undang-undang senjata dan jenayah kebencian, menyatakan beliau akan menyertai pemimpin pelbagai agama bagi satu “saat untuk perpaduan” semalam untuk memperinga­ti Stallard dan Jones.

“Tolong, walau di mana anda berada, ambil masa sekejap untuk mengimbas semula tragedi ini dan tindakan yang kita harus lakukan bagi menamatkan keganasan,” kata Fischer dalam Twitter.

Pada Sabtu lepas, seorang penyerang bersenjata membunuh 11 penganut di saumaah Tree of Life di Pittsburgh, Pennsylvan­ia – serangan anti-Semitik paling teruk dalam sejarah AS baru-baru ini.

Sementara itu seorang lelaki dituduh menghantar 15 bom mel – tiada satupun yang meletup – kepada anggota Demokrat yang terkenal dan pengkritik Presiden Donald Trump telah hadir pada Isnin lepas di mahkamah persekutua­n Miami. — AFP SEOUL: Mahkamah tertinggi Korea Selatan kelmarin memerintah­kan sebuah firma Jepun memberi pampasan kepada mangsa buruh paksa semasa Perang Dunia Kedua, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan akhbar mahkamah terbabit.

Panel 13 hakim Mahkamah Agung yang bersidang telah memerintah­kan syarikat Nippon Steel & Sumitomo Metal Corp memberi pampasan sebanyak 100 juta won (AS$87,740) kepada setiap plaintif.

Empat mangsa buruh paksa rakyat Korea Selatan ketika perang di bawah pemerintah­an kolonial Jepun pada 1910 hingga 1945 telah memfailkan saman menuntut ganti rugi daripada syarikat pengeluar keluli Jepun itu pada Februari 2005.

Seorang daripada mangsa meninggal dunia pada 2014.

Kesemua mangsa telah dipaksa bekerja untuk syarikat itu antara 1941 dan 1943 ketika Perang Pasifik.

Mahkamah tertinggi itu memutuskan bahawa hak mangsa untuk menuntut ganti rugi daripada syarikat Jepun terbabit tidak terpakai kepada perjanjian 1965 yang menormalka­n hubungan diplomatik antara Korea Selatan dan Jepun.

Kerajaan Jepun sebelum ini menegaskan bahawa semua tuntutan antara Seoul dan Tokyo telah diselesaik­an menerusi perjanjian itu, yang menyaksika­n negara matahari terbit tersebut menawarkan ganti rugi.

Keputusan mahkamah itu, bagaimanap­un, mengiktira­f hak individu untuk menuntut ganti rugi daripada firma Jepun. — Bernama

 ?? — Gambar Jiji Press/AFP ?? ULASAN: Menteri Luar Jepun Taro Kono (dua kanan) ditemu bual selepas pertemuann­ya dengan duta Korea Selatan ke Jepun di Kementeria­n Luar Negeri di Tokyo kelmarin selepas mahkamah tertinggi Korea Selatan mengarahka­n sebuah firma Jepun membayar pampasan kepada mangsa buruh paksa semasa Perang Dunia Kedua.
— Gambar Jiji Press/AFP ULASAN: Menteri Luar Jepun Taro Kono (dua kanan) ditemu bual selepas pertemuann­ya dengan duta Korea Selatan ke Jepun di Kementeria­n Luar Negeri di Tokyo kelmarin selepas mahkamah tertinggi Korea Selatan mengarahka­n sebuah firma Jepun membayar pampasan kepada mangsa buruh paksa semasa Perang Dunia Kedua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia