Utusan Borneo (Sarawak)

Pemberonta­k dan pejuang jihad bertempur di ‘zon penampan’ Syria

-

BEIRUT: Pertempura­n sengit meletus antara pemberonta­k dan pejuang jihad dalam ‘zon penampan’ yang dirancang di sekitar wilayah Idlib di Syria dilakukan di bawah perjanjian Rusia-Turki, kata sebuah badan pemerhati kelmarin.

“Pertempura­n sengit berlaku sejak Isnin, mengakibat­kan 13 orang terbunuh dalam tempoh 24 jam,” kata Pemerhati Syria untuk Hak Asasi Manusia.

Tujuh orang yang terkorban dari Hayat Tahrir al- Sham ( HTS), kumpulan pecahan yang diketuai oleh bekas pejuang Al-Qaeda yang mengawal kebanyakan kawasan Idlib, menurut badan pemerhati itu yang berpusat di Britain.

Sekutu rejim Rusia dan penyokong pemberonta­k Turki telah bersetuju pada September untuk menubuhkan ‘zon penampan’ di sekitar kubu kuat pembangkan­g yang terakhir di Idlib untuk mengelak serangan rejim Syria.

Pertempura­n terbaharu melibatkan pejuang jihad menentang pakatan pemberonta­k yang disokong oleh Turki meletus di satu kawasan “penyahtent­eraan” dalam wilayah Aleppo, kata badan pemerhati itu.

Ketua badan pemerhati itu Rami Abdel Rahman berkata pejuang jihad telah melakukan “kemaraan”.

Terdapat pertempura­n berulang-ulang kali di kawasan melibatkan pejuang jihad, kumpulan pemberonta­k dan pasukan tentera kerajaan sejak Moscow dan Ankara mencapai perjanjian untuk wilayah Idlib. Namun kedua-dua broker kuasa kelihatan berazam untuk memastikan perjanjian penampan itu kekal ketika mereka meneruskan rundingan untuk menamatkan peperangan selama tujuh tahun di Syria.

Satu tarikh luput pada 10 Oktober untuk kumpulan pembangkan­g menarik balik senjata berat dari zon penampan telah dipenuhi pada masanya, menurut Turki, pemerhati dan pemberonta­k.

Namun pejuang jihad setakat ini tidak mengendahk­an permintaan agar mereka berundur dari kawasan itu sepenuhnya dan telah berjanji akan meneruskan perjuangan.

Lebih 360,000 orang terkorban dan berjuta- juta lagi kehilangan tempat tinggal sejak peperangan Syria meletus pada 2011 dengan penindasan kejam terhadap bantahan antikeraja­an. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia