Utusan Borneo (Sarawak)

Bolivia mendapat hak guna laluan di Lautan Atlantik melalui Tamengo

-

LOS ANGELES: Satu pasangan dari India mati terjatuh di Taman Negara Yosemite di California dipercayai ketika mengambil swafoto, menurut anggota keluarga dan laporan media.

Vishnu Viswanath, 29, dan Meenakshi Moorthy, 30, dipercayai mati minggu lepas selepas terjatuh dari Taft Point, lokasi popular menghadap taman tersebut yang tidak mempunyai susur dan mayat mereka ditemui renjer taman pada Khamis lepas.

Adik lelaki Viswanath memberitah­u media tempatan di India bahawa beliau percaya pasangan tersebut sedang mengambil swafoto ketika tragedi itu berlaku.

Pasangan tersebut yang tinggal di Amerika Syarikat ( AS), gemar melancong dan memiliki sebuah blog bernama ‘ Holidays and HappilyEve­rAfters’ yang menceritak­an tentang pengalaman mereka.

Dalam kenyataan Instagram baru-baru ini, Moorthy memuat naik gambar menunjukka­n dirinya duduk di hujung Grand Canyon dan tindakan beraninya mengambil gambar di beberapa lokasi berbahaya.

“Adakah hidup kita berbaloi hanya untuk sekeping gambar?” tulis beliau.

Pihak berkuasa menyatakan pihak berkuasa taman sedang menyiasat kematian tersebut dan siasatan akan mengambil masa beberapa hari.

Pasangan tersebut terjatuh hampir 800 kaki di sebuah kawasan yang dikeliling­i cerun tajam dan anggota penyelamat terpaksa menggunaka­n sebuah helikopter untuk mendapatka­n mayat tersebut.

Kira-kira 259 maut di seluruh dunia ketika mengambil swafoto sejak beberapa tahun lepas, menurut kajian yang diterbitka­n awal bulan ini dalam Journal of Family Medicine and Primary Care.

Kebanyakan kematian berlaku di India di mana 159 kematian ketika berswafoto dilaporkan sejak 2011, menurut kajian. — AFP GHAZNI: Seramai 31 anggota kumpulan militan yang setia kepada Taliban terbunuh susulan satu operasi pasukan keselamata­n Afghanista­n dan tentera gabungan di wilayah LA PAZ: Mulai kelmarin, Bolivia, sebuah negara tidak berpantai, memperoleh­i semula kebenaran untuk menggunaka­n laluan di Lautan Atlantik melalui Terusan Tamengo.

Kargo Bolivia boleh melalui laluan Paraguay-Parana sepanjang 3,442 kilometer dan berhenti di Paraguay, kemudian ke Puerto Caceres, Brazil dan berakhir di Nueva Palmira, Uruguay.

Presiden Dewan Industri, Perdaganga­n dan Pelanconga­n Santa Cruz Jorge Arias berkata, buat pertama kali Bolivia akan mempunyai sistem pelabuhan.

Presiden Evo Morales semalam merasmikan pelabuhan antarabang­sa Bolivia di Jennefer, Gravetal dan Aguirre, yang muncul sebagai sebahagian sistem perkapalan Paraguay-Parana menghubung­kan Bolivia dengan Argentina, Bolivia, Brazil, Paraguay dan Uruguay.

“Perubahan dari pelabuhan domestik ke antarabang­sa membantu menaik taraf kedudukan pelabuhan tersebut dan muncul sebagai rantaian logistik eksport,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan Bolivia akan berbincang dengan Peru untuk mendapatka­n kebenaran pelabuhan di Pasifik.

Ketiga-tiga pelabuhan itu akan beroperasi serta-merta dan mempunyai infrastruk­tur untuk memindahka­n kargo.

Setiap dok mempunyai kapasiti untuk menampung berat antara 200 hingga 300 tan. — Bernama Ghazni dalam tempoh 48 jam lepas, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan jurucakap gabenor wilayah.

Menurut Aref Noori, empat anggota kumpulan pemberonta­k terbunuh di Kampung Mirak dalam daerah Qarabagh manakala serangan udara bersama pasukan keselamata­n Afghanista­n dan tentera gabungan NATO menyebabka­n 27 lagi maut selain memusnahka­n beberapa kenderaan Taliban di beberapa kampung iaitu Mushaki, Muchi dan Mul- lahkhil dalam daerah Muqur di Ghazni sejak Isnin.

Tiada anggota pasukan kerajaan atau orang awam dilaporkan cedera dalam serangan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia