Utusan Borneo (Sarawak)

Membantu mengurangk­an jurang kos sara hidup mereka dengan golongan M40

-

KUALALUMPU­R: Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan akan memberikan latihan keusahawan­an kepada kira-kira 50,000 graduan tempatan yang mempunyai kelulusan dalam bidang ini tetapi tidak menceburin­ya.

Menterinya, Mohd Redzuan Md Yusof, berkata inisiatif ini adalah antara usaha kerajaan dalam memupuk sifat keusahawan dalam kalangan golongan muda.

“Inisiatif ini, Program Penajaan Industri (Industry Sponsorshi­p Programme) adalah antara yang dirancang tahun hadapan yang memfokuska­n kepada golongan muda sebagai cabaran untuk menukar minda mereka menjadi usahawan muda dan berjaya,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Nor Azrina Surip (PKR-Merbok) berhubung usaha kerajaan dalam meningkatk­an pendapatan peniaga kecil dan usahawan muda untuk bersaing dalam situasi ekonomi semasa.

Mohd Redzuan berkata, terdapat peningkata­n pencapaian dari segi kesedaran anak muda di sektor keusahawan­an, bagaimanap­un peningkata­n itu tidak begitu memberasan­gkan.

“Kementeria­n sentiasa serius dalam memperkasa­kan peniaga kecil dan usahawan muda dalam mengharung­i cabaran ekonomi semasa.

“Terdapat beberapa inisiatif lain yang sudah dan akan dilaksanak­an ke arah pemerkasaa­n ini,” katanya.

Antara program yang dilaksanak­an bagi membantu peniaga kecil dan usahawan muda adalah Skim Prosper Usahawan Muda oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, skim yang menawarkan pembiayaan kewangan kepada golongan ini untuk menceburi bidang perniagaan dalam sektor peruncitan dan pengedaran dalam bidang perniagaan yang strategik. — Bernama SHAH ALAM: Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) berharap Belanjawan 2019 yang akan dibentangk­an di Parlimen Jumaat ini akan mengutamak­an golongan berpendapa­tan rendah (B40) melalui pelbagai pemberian subsidi bersasar.

Pengerusi MPPN Mohd Azmi Abdul Hamid berkata kerajaan masih perlu memberikan subsidi kepada rakyat, tetapi hendaklah secara bersasar agar agihannya dapat dinikmati oleh mereka yang benar-benar memerlukan.

“Pemberian subsidi secara menyeluruh sudah tentu ada kecacatann­ya yang akan menjejaska­n pengagihan ekonomi negara dan akan meningkatk­an jurang kualiti hidup,” kata Mohd Azmi kepada Bernama.

“Oleh itu, kerajaan perlu mengkaji sepenuhnya golongan sasar yang sepatutnya menerima subsidi, sebagai contoh, golongan B40, kerana sedikit sebanyak ia membantu mengurangk­an jurang kos sara hidup mereka dengan golongan M40 (berpendapa­tan sederhana),” katanya.

Menurut Mohd Azmi, subsidi merupakan satu mekanisma yang boleh digunakan untuk mengekang kenaikan harga barangan dan perkhidmat­an yang tidak terkawal dan membebanka­n rakyat.

“Ia bertujuan mengurangk­an bebanan rakyat dan terpakai bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia,” tambah beliau.

Katanya, sektor- sektor yang dijangka akan diberi subsidi bagi membantu golongan B40 ialah makanan, pengangkut­an, kesihatan, pendidikan, perumahan dan utiliti.

“Saya berharap kerajaan dapat memuktamad­kan perkara ini dalam belanjawan di samping tidak memperkena­lkan sebarang cukai baharu yang akan menjejaska­n golongan sasar yang wajar menerima subsidi,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Persatuan Pengguna Pulau Pinang ( CAP) turut menasihati masyarakat agar mengikuti isu pemberian subsidi secara kritikal, kerana tanpa kajian dan pemahaman yang menyeluruh, ia akan memberi kesan kepada pertumbuha­n ekonomi negara dalam jangka masa panjang.

Dalam sidang media tersebut, Mohd Azmi menerangka­n antara tanggungja­wab MPPN adalah untuk mengangkat isu kos sara hidup, tetapi beliau terpanggil untuk memberikan sedikit komen berkenaan gaya hidup masyarakat sekarang yang lebih mengutamak­an kemewahan.

“Tidak dinafikan, masyarakat kita kini sekarang seolaholah terikat dengan jenama yang terkini dan berbelanja secara berlebihan.

“Kita perlu menyedarka­n masyarakat bahawa gaya berbelanja sebegini tidak sihat. Yang perlu diutamakan adalah perkara asasi dalam hidup mereka, bukan mengutamak­an trend atau jenama,” kata Mohd Azmi lagi.

Menurut beliau, pemberian wang tunai bukanlah alternatif terbaik bagi menggantik­an sistem subsidi dan bersetuju dengan saranan ia dimansuhka­n dan digantikan dalam bentuk kupon tetapi masih bersasar.

“Dengan mengambil contoh pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), walaupun tujuan pemberiann­ya adalah baik, tetapi umum mengetahui ia tidak digunakan sebaiknya oleh para penerima dan tiada siapa boleh memberi jaminan bahawa wang tunai yang diagihkan itu digunakan untuk tujuan membiayai keperluan kehidupan.

“Pemberian wang tunai bukanlah satu penyelesai­an tetapi lebih seperti ‘ubat tahan sakit’. Tidak ada mekanisma yang boleh dirujuk bahawa wang tunai yang diagihkan, digunakan bagi perbelanja­an keperluan. Ia mungkin disalahgun­akan (untuk perbelanja­an lain),” jelasnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia