Utusan Borneo (Sarawak)

Pelaksanaa­n biodiesel B10 mampu jimat subsidi kerajaan

-

KUALA LUMPUR: Pelaksanaa­n biodiesel B10 dalam sektor pengangkut­an, sekiranya berjaya dilakukan, mampu memberi penjimatan subsidi kerajaan sebanyak RM10.7 juta setahun, demikian menurut Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim.

Katanya, penggunaan biobiesel B10 itu akan turut memberi penjimatan kerajaan dari segi kos pengimport­an diesel sebanyak RM1.6 bilion setahun.

“Ini kerana, harga biodiesel pada masa ini adalah RM2.2857 seliter manakala harga kos diesel semasa adalah RM2.3105 seliter,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Chan Foong Hin (DAPKota Kinabalu) berhubung usaha kementeria­n dalam meningkatk­an penggunaan minyak sawit sebagai bi- odiesel.

Kok berkata, harga diesel industri berada pada paras RM2.60 sehingga RM2.80 seliter berbanding RM2.28 seliter untuk biodiesel.

Katanya, penggunaan B7 di sektor industri akan memberi penjimatan kos bahan api kepada pihak industri sebanyak RM6.5 juta setahun sekiranya harga ini berterusan.

Oleh yang demikian, kerajaan komited meningkatk­an penggunaan biodiesel di peringkat domestik mahupun antarabang­sa.

Program biodiesel negara diperkenal­kan pada 2011 dengan kadar adunan B5 (lima peratus biodiesel sawit dengan 95 peratus diesel petroleum).

Pada ketika ini, kadar adunan yang terdapat di stesen minyak di seluruh negara adalah B7 (tujuh peratus biodiesel sawit dengan 93 peratus diesel petroleum) di bawah program B7 di sektor pengangkut­an, manakala sektor industri masih kekal menggunaka­n diesel biasa (B0).

B7 menggunaka­n sebanyak 350,000 tan minyak sawit setahun.

“Kementeria­n akan membentang­kan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) dalam masa terdekat mengenai cadangan meningkatk­an kadar adunan kepada B10 untuk sektor pengangkut­an dan B7 untuk sektor industri di seluruh negara.

“Kedua- dua program ini dijangka menggunaka­n sebanyak 760,000 tan minyak sawit dalam negara setahun, seterusnya mengukuhka­n harga minyak sawit di pasaran,” katanya.

Kok akan ke Indonesia pada 8 November ini, bagi membincang­kan strategi tindakan balas ke atas kempen anti minyak sawit. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia