Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan perlu selesaikan segera masalah jurang pendapatan yang semakin melebar

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu segera menyelesai­kan masalah jurang pendapatan atau kekayaan yang semakin melebar di negara ini, kata Pakar Runding Ekonomi Majlis Perundinga­n Melayu (MPM) Datuk Akbar Ali.

Beliau berkata jurang pendapatan yang semakin melebar itu melibatkan kumpulan Bumiputera dan bukan Bumiputera; kumpulan bandar dan luar bandar serta antara kumpulan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40), berpendapa­tan 40 peratus pertengaha­n (M40) dan berpendapa­tan 20 peratus tertinggi (T20).

“Tidak dinafikan kita telah berjaya membasmi kadar kemiskinan mutlak daripada 49.3 peratus pada 1970 kepada hampir sifar, 0.4 peratus sahaja (2016).

“Namun kajian menunjukka­n jurang pendapatan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera, penduduk bandar dan luar bandar, kumpulan B40 dan kumpulan T20 dan M40 semakin melebar terutama sejak 2009,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membentang­kan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas — ‘Tanggungja­wab Bersama Dan Berkongsi Kemakmuran’ semasa sesi pembentang­an Meja Bulat MPM-Media di Wisma MPM, di sini kelmarin.

Beliau mengambil contoh jurang pendapatan kasar bulanan isi rumah antara kumpulan bandar dengan bukan bandar pada 2009 perbezaann­ya adalah RM2,160 malah semakin melebar kepada RM3,312 pada 2016.

Begitu juga perbezaan pendapatan antara kumpulan bukan Bumiputera dengan Bumiputera pada 2009 iaitu RM1,387 dan meningkat kepada RM2,483 pada 2016, katanya.

Sehubungan itu Akbar mengesyork­an supaya kerajaan mengorient­asikan semua dasar dan program ke arah merapatkan jurang berkenaan dan bukan hanya fokus kepada usaha menambah pendapatan kumpulan B40 sahaja.

“Kita sarankan projek yang mahu dilaksanak­an kerajaan mesti tertumpu merapatkan jurang, bukan semata-mata menambah pendapatan.

“Kalau menambah pendapatan B40, tetapi kita tidak lihat pula bagaimana pendapatan orang yang lebih kaya T20 atau M40 melonjak lebih tinggi, maka jurang itu tidak dapat dirapatkan,” katanya.

Selain itu, beliau juga mahu kerajaan memberi perhatian kepada masalah pemilikan kekayaan berkaitan aset kewangan dan bukan kewangan seperti rumah, rumah kedai apabila pemilikan oleh Bumiputera dari tahun ke tahun semakin mengecil. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PAMERAN: Teresa (tengah) melawat tapak pameran ketika Majlis Pelancaran Projek Usaha Sama Pengunaan BioDiesel B20 MPOB dan MPKj di pekarangan Dewan Seri Cempaka MPKj, Saujana Impian, Kajang, semalam.
— Gambar Bernama PAMERAN: Teresa (tengah) melawat tapak pameran ketika Majlis Pelancaran Projek Usaha Sama Pengunaan BioDiesel B20 MPOB dan MPKj di pekarangan Dewan Seri Cempaka MPKj, Saujana Impian, Kajang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia