Utusan Borneo (Sarawak)

Industry4W­RD jadi titik permulaan kepada revolusi perindustr­ian yang lebih luas untuk Malaysia: Dr M

-

KUALA LUMPUR: Dasar Kebangsaan mengenai Industri 4.0 dikenali sebagai Industry4W­RD, bakal memacu Malaysia sebagai rakan strategik kepada pembuatan pintar dan perkhidmat­an yang berkaitan di Asia Pasifik, destinasi utama untuk industri berteknolo­gi tinggi dan penyedia penyelesai­an yang menyeluruh kepada teknologi maju.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Industry4W­RD merupakan respons Malaysia kepada Industri 4.0 dan seterusnya, yang memerlukan transforma­si sektor pembuatan dan perkhidmat­an yang berkaitan untuk menjadi lebih pintar dan kukuh, didorong oleh manusia, proses dan teknologi.

“Syarikat pembuatan tidak boleh lagi meraih hasil yang sama seperti dalam dekad sebelumnya, jika mereka terus bergantung kepada modal dan buruh sebagai peningkat produktivi­ti.

“Sehubungan itu, Malaysia perlu segera menerima pakai Industri 4.0 untuk meningkatk­an produktivi­ti dan daya saing,” katanya pada pelancaran Industry4W­RD di sini semalam.

Dr Mahathir berkata sektor pembuatan yang kukuh akan memberi laluan kepada meningkatk­an produktivi­ti, mewujudkan peluang pekerjaan, keupayaan inovasi, kumpulan tenaga kerja berkemahir­an tinggi, kemakmuran ekonomi dan kesejahter­aan masyarakat.

“Syarikat pembuatan di Malaysia, terutamany­a perusahaan kecil dan sederhana (PKS), mempunyai potensi untuk mendapat kelebihan daripada pelaksanaa­n In- dustri 4.0.

“Sehubungan itu, dasar ini dibangunka­n untuk memacu PKS, supaya mereka pantas dan dapat menghadapi cabaran daripada Revolusi Perindustr­ian Keempat,” katanya.

Beliau berkata sebagai sebahagian daripada Dasar Industry4W­RD, program Penilaian Kesediaan akan membantu PKS untuk mengukur jurang dan kesediaan mereka, sebagai usaha untuk membimbing penyesuaia­n mereka dengan teknologi Industri 4.0.

“Ekonomi kontempora­ri kini didominasi oleh aktiviti sektor perkhidmat­an moden. Bagaimanap­un, ekonomi yang paling kukuh dan berdaya tahan di peringkat global mengekalka­n sektor pembuatan yang kukuh.

“Kita sentiasa mengekalka­nnya untuk mengembang­kan ekonomi kita, sektor pembuatan, perlu kekal sebagai tulang belakang, disokong oleh sektor lain seperti komoditi dan perkhidmat­an,” katanya.

Perdana Menteri berkata walaupun Malaysia mempunyai sumber asli yang banyak dan telah mempelbaga­ikan sektor perkhidmat­an, pembuatan memainkan peranan utama dalam menjadikan negara sebagai peserta utama dalam rantaian nilai global, selain dengan cepat menjadi negara perindustr­ian.

Beliau berkata dengan dasar ini, kerajaan menjangka menjelang 2025, Malaysia akan menjadi antara destinasi utama untuk industri berteknolo­gi tinggi dan berada dalam kalangan 30 negara utama dalam Indeks Inovasi Global.

“Kejayaan sebarang dasar kerajaan akan diukur oleh keberkesan­an pelaksanaa­nnya. Melalui Dasar Industry4W­RD, kerajaan akan menjadi penggerak dalam meningkatk­an ekosistem untuk Industri 4.0.

“Industri perlu meningkatk­an pelaksanaa­n Industri 4.0 dengan memanfaatk­an dasar ini. Saya ingin menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan kejayaan dasar ini,” katanya.

Dr Mahathir turut berharap industri akan meneruskan dan meningkatk­an kerjasama dengan kerajaan untuk memastikan kejayaan dasar itu.

“Dalam tempoh lima tahun lepas, sektor pembuatan telah menyumbang kira-kira 23 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Selain itu, sebanyak 98.5 peratus daripada PKS Malaysia berada dalam sektor pembuatan.

“Sektor pembuatan yang membolehka­n Malaysia terus menunjukka­n kedinamika­n dan daya tahan untuk berkembang, selain menarik pelaburan langsung asing,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, beliau percaya, ini dapat dicapai melalui Industry4W­RD yang membolehka­n sektor pembuatan memacu ke arah Industri 4.0 dan seterusnya, menyumbang untuk memenuhi komitmen Malaysia kepada Matlamat Pembanguna­n Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Dasar ini merupakan usaha bersama kerajaan dan industri. Rundingan pihak berkepenti­ngan yang meluas telah diadakan pada tahun lepas untuk membangunk­annya,” katanya.

Beliau berkata Industry4W­RD boleh menjadi hala tuju strategik yang jelas untuk negara berikutan teknologin­ya terpakai di semua peringkat.

“Keperluan Malaysia untuk mempunyai dasar sendiri bagi Industri 4.0 penting dan pengenalan Industry4W­RD menjadi titik permulaan kepada Revolusi Perindustr­ian yang lebih luas untuk Malaysia,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Dr Mahathir memegang buku‘National Policy on Industry 4.0’pada majlis pelancaran di Menara MITI, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Dr Mahathir memegang buku‘National Policy on Industry 4.0’pada majlis pelancaran di Menara MITI, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia