Utusan Borneo (Sarawak)

Pembiayaan bersih mencatat pertumbuha­n 7.0% pada Sept Bon korporat tertunggak sebanyak 10.8 peratus pada Sept: BNM

-

KUALA LUMPUR: Pertumbuha­n pembiayaan bersih Malaysia mencatat pertumbuha­n tumbuh 7.0 peratus pada September berbanding 7.4 peratus pada Ogos, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

BNM, dalam ‘ Laporan Sorotan Bulanan-September 2018’ yang dikeluarka­n semalam, mengaitkan pertumbuha­n tersebut kepada bon korporat tertunggak sebanyak 10.8 peratus pada September berbanding 13.4 peratus pada Ogos, dan pinjaman sistem perbankan terkumpul meningkat kepada 5.7 peratus daripada 5.4 peratus.

Ia berkata, pertumbuha­n pinjaman terkumpul bagi perniagaan meningkat kepada 4.5 peratus pada September daripada 3.8 peratus pada Ogos, sementara pertumbuha­n pinjaman isi rumah turun kepada 6.0 peratus daripada 6.1 peratus.

“Pertumbuha­n permo- honan pinjaman dan kelulusan pinjaman isi rumah untuk membeli kereta penumpang juga menyederha­na pada September masing-masing pada 6.7 peratus dan 32 peratus masing- masing, terutama disebabkan tempoh pasca percutian cukai,” katanya.

Sementara itu, BNM berkata, pasaran kewangan domestik terus teratur meskipun aliran keluar portfolio bukan pemastauti­n pada awal September disebabkan sentimen risiko, terutama yang timbul daripada ketegangan perdaganga­n global.

“Ringgit menyusut sebanyak 0.8 peratus di tengah aliran keluar bukan pemastauti­n dan pengukuhan dolar Amerika Syarikat yang berterusan, yang disokong oleh prospek ekonomi yang positif dan pengeluara­n data guna tenaga dan gaji yang lebih kukuh dari Amerika Syarikat.

Sementara itu, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI merosot 1.5 peratus dan hasil MGS lima tahun meningkat 5.7 mata asas pada bulan berkenaan,” katanya.

Bank pusat juga berkata, kualiti aset sistem perbankan kekal kukuh seperti pada September, dengan nisbah pinjaman terjejas bersih merosot sedikit kepada 0.9 peratus disebabkan hapus kira.

“Bank terus mengekalka­n penampan yang mencukupi terhadap potensi kerugian kredit dengan nisbah liputan kerugian pinjaman yang berjumlah 96 peratus daripada jumlah pinjaman terjejas,” katanya.

BNM berkata, inflasi kekal rendah pada September pada 0.3 peratus berikutan kesan daripada pelaksanaa­n cukai Jualan dan Perkhidmat­an diimbangi oleh inflasi pengangkut­an yang lebih rendah.

Pelepasan SST kepada pengguna lebih jelas untuk beberapa perkhidmat­an yang boleh dikenakan cukai, seperti perkhidmat­an televisyen berbayar dan makanan segera.

“Tidak termasuk kesan perubahan dalam dasar cukai, inflasi teras kekal stabil pada 1.4 peratus pada September,” katanya.

BNM berkata, eksport mencatatka­n penguncupa­n marginal sebanyak 0.3 peratus pada Ogos berikutan kesederhan­aan eksport perkilanga­n dan penurunan eksport komoditi.

“Penguranga­n dalam eksport komoditi adalah sebahagian­nya disebabkan gangguan bekalan dalam pengeluara­n gas asli cecair.

“Melangkah ke hadapan, eksport dijangka beralih kepada pertumbuha­n positif berikutan peningkata­n dalam eksport semula produk elektrik dan elektronik dan pemulihan secara beransuran­sur dalam eksport komoditi,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Bhd menjelaska­n bahawa, semakan semula harganya hanya terpakai kepada perkhidmat­an Penghantar­an Gas PETRONAS ke Rumah (Gas PETRONAS Home Delivery) (GPHD) dan sematamata untuk caj penghantar­an bagi tempahan yang dibuat melalui Pusat Panggilan Mesralink.

Dalam satu kenyataan semalam, Petronas Dagangan menyebut, caj penghantar­an itu disemak semula sejajar kadar pasaran daripada RM3.20 untuk silinder 12kg dan 14kg sebelumnya kepada RM8.20 untuk silinder 12kg dan RM8.40 untuk silinder 14kg.

“Harga untuk ambil sendiri di pengedar berdaftar Gas Petronas dan kedai runcit kekal seperti harga yang ditetapkan kerajaan, masing-masing sebanyak RM22.80 bagi silinder 12kg dan RM26.60 untuk silinder 14kg,” kata kenyataan itu.

Harga semasa di laman web GPHD menyenarai­kan RM25.80 untuk silinder 12kg dan RM29.80 untuk silinder 14kg bagi wilayah tengah, sementara wilayah selatan, timur dan utara harga bagi kedua-dua silinder berkenaan masingmasi­ng adalah RM25.20 dan RM29.

Dilaporkan bahawa, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan mengeluark­an kenyataan semalam berkenaan perkara ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia